Jadual Piala Dunia 2026 – Mengikut Waktu Malaysia

jadual fifa world cup 2026

Bagi peminat bola sepak dunia di Malaysia, Jadual Piala Dunia 2026 akan memberikan anda info penting dan terkini berkenaan pasukan yang akan bermain dan masa tepat mengikut waktu Malaysia.

Jangan lupa untuk menyaksikan FIFA yang hanya berlangsung 4 tahun sekali ini! Siapa pasukan kegemaran anda semua?

Artikel berkaitan: Burnout Kerja: Kenapa Ramai Orang Nampak Okay Tapi Sebenarnya Penat

Jawapan Ringkas: FIFA World Cup 2026 berlangsung dari 11 Jun hingga  19 Julai 2026, dengan perlawanan pembukaan Mexico vs South Africa bermula  pada 12 Jun jam 3:00 pagi waktu Malaysia (GMT+8). Final akan disiarkan pada 20 Julai 2026 jam 3:00 pagi waktu Malaysia. Sebanyak 48 pasukan bertanding dalam 104 perlawanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Rakyat Malaysia boleh tonton secara percuma melalui RTM (TV1, TV2, Sukan RTM) dan streaming melalui RTM Klik atau aplikasi MyGov menggunakan MyDigital ID.

Apa itu FIFA World Cup 2026?

FIFA World Cup 2026 adalah kejohanan bola sepak lelaki antarabangsa paling berprestij di dunia yang dianjurkan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan induk bola sepak dunia.

Edisi 2026 akan menjadi kejohanan Piala Dunia ke-23 dan bakal mencipta sejarah sebagai Piala Dunia pertama yang dianjurkan bersama oleh tiga negara, iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Perlawanan akan berlangsung di 16 bandar tuan rumah yang terletak di ketiga-tiga negara tersebut

Bila FIFA World Cup 2026 Akan Berlangsung?

FIFA World Cup 2026 akan berlangsung pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026. FIFA edisi ini terus melakar sejarah apabila ia bakal diadakan di tiga negara serentak iaitu Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.

Negara Tuan Rumah FIFA World Cup 2026

FIFA World Cup 2026 akan berlangsung di beberapa lokasi iaitu:

  1. Atlanta
  2. Boston
  3. Dallas
  4. Guadalajara
  5. Houstan
  6. Kansas City
  7. Los Angeles
  8. Mexico City
  9. Miami
  10. Monterrey
  11. New York / New Jersey
  12. Philadelphia
  13. San Francisco Bay Area
  14. Seattle
  15. Toronto
  16. Vancouver

Format Baharu FIFA World Cup 2026

Dari 48 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 12 kumpulan. Di mana setiap kumpulan akan terdiri daripada 4 pasukan.

Dalam peringkat kumpulan, setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 perlawanan. Semua pasukan dalam kumpulan akan bertemu sekali. Sistem mata yang digunakan (Menang = 3 mata, Seri = 1 mata, Kalah = 0 mata).

Tamat perlawanan peringkat kumpulan, hanya 32 pasukan akan mara ke pusingan kalah mati iaitu terdiri daripada:

  • 12 juara kumpulan
  • 12 naib juara kumpulan
  • 8 pasukan tempat ketiga terbaik

Pasukan yang menang akan mara ke pusingan seterusnya, manakala pasukan yang kalah akan tersingkir.

Berapa Banyak Pasukan Bertanding Dalam FIFA World Cup 2026?

Sebanyak 48 pasukan akan bertanding dalam FIFA World Cup 2026. Ini menunjukkan peningkatan yang jelas di mana tahun 2022 hanya sebanyak 32 pasukan yang bertanding.

Senarai Pasukan Yang Layak Ke FIFA World Cup 2026

jadual fifa world cup 2026

Kumpulan A

  1. Mexico
  2. South Africa
  3. Korea Selatan
  4. Czechia

Kumpulan B

  1. Canada
  2. Bosnia and Herzegovina
  3. Qatar
  4. Switzerland

Kumpulan C

  1. Brazil
  2. Morocco
  3. Haiti
  4. Scotland

Kumpulan D

  1. USA
  2. Paraguay
  3. Australia
  4. Turki

Kumpulan E

  1. Germany
  2. Curacao
  3. Ivory Coast
  4. Ecuador

Kumpulan F

  1. Netherlands
  2. Japan
  3. Sweden
  4. Tunisia

Kumpulan G

  1. Belgium
  2. Egypt
  3. Iran
  4. New Zealand

Kumpulan H

  1. Spain
  2. Cape Verde
  3. Saudi Arabia
  4. Uruguay

Kumpulan I

  1. France
  2. Senegal
  3. Iraq
  4. Norway

Kumpulan J

  1. Argentina
  2. Algeria
  3. Austria
  4. Jordan

Kumpulan K

  1. Portugal
  2. DR Congo
  3. Uzbekistan
  4. Colombia

Kumpulan L

  1. England
  2. Crotia
  3. Ghana
  4. Panama

Semak biodata setiap pasukan di sini: Team Profiles

Jadual FIFA World Cup 2026 Terkini – Pusingan 32

Berikut adalah Jadual FIFA World Cup 2026 peringkat pusingan 32:

29 Jun (Isnin)

WaktuPerlawanan
3.00 pagiAfrika Selatan vs Kanada

30 Jun (Selasa)

WaktuPerlawanan
1.00 pagiBrazil vs Jepun
4.30 pagiJerman vs Paraguay
9.00 pagiBelanda vs Maghribi

1 Julai (Rabu)

WaktuPerlawanan
1.00 pagiIvory Coast vs Norway
5.00 pagiPerancis vs Sweden 
9.00 pagiMexico vs Ecuador

2 Julai (Khamis)

WaktuPerlawanan
12.00 pagiEngland vs DR Congo
4.00 pagiBelgium vs Senegal
8.00 pagiUSA vs Bosnia

3 Julai (Jumaat)

WaktuPerlawanan
3.00 pagiSepanyol vs Austria
7.00 pagiPortugal vs Croatia
11.00 pagiSwitzerland vs Algeria

4 Julai (Sabtu)

WaktuPerlawanan
2.00 pagiAustralia vs Mesir
6.00 pagiArgentina vs Cape Verde
9.30 pagiColombia vs Ghana

Selepas perlawanan pusingan 32, peringkat seterusnya adalah pada tarikh berikut:

  • Pusingan 16: 5 Julai – 8 Julai
  • Suku Akhir: 10 Julai – 12 Julai
  • Separuh Akhir: 15 Julai – 16 Julai
  • Tempat Ketiga: 19 Julai
  • Final: 20 Julai

Cara Menonton FIFA World Cup 2026 Di Malaysia

Rakyat Malaysia boleh menonton siaran langsung FIFA World Cup 2026 menerusi penyiar rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV.

Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.

Anda boleh memuat turun aplikasi RTM Klik untuk lebih mudah. Muat turun di sini: Google Play Store / App Store

Pengguna MyDigital ID boleh tonton siaran langsung Piala Dunia 2026 secara percuma melalui aplikasi MyGov.

Keputusan dan Kedudukan Terkini FIFA World Cup 2026

Keputusan dan kedudukan terkini boleh disemak melalui: Keputusan Terkini Piala Dunia FIFA 2026

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan informasi yang lebih rasmi, anda boleh rujuk portal rasmi FIFA 2026.

Soalan Lazim (FAQ) FIFA World Cup 2026

1. Apa itu FIFA World Cup 2026?

FIFA World Cup 2026 ialah kejohanan bola sepak lelaki antarabangsa paling berprestij di dunia yang dianjurkan oleh FIFA. Edisi kali ini akan menjadi Piala Dunia ke-23 dan melibatkan 48 pasukan dari seluruh dunia.

2. Bila FIFA World Cup 2026 akan berlangsung?

Kejohanan FIFA World Cup 2026 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026

3. Negara manakah yang menjadi tuan rumah FIFA World Cup 2026?

FIFA World Cup 2026 akan dianjurkan bersama oleh tiga negara iaitu:

Amerika Syarikat
Kanada
Mexico

4. Berapa banyak pasukan yang bertanding dalam FIFA World Cup 2026?

Sebanyak 48 pasukan akan bertanding dalam edisi kali ini, meningkat daripada 32 pasukan pada FIFA World Cup 2022.

5. Apakah format baharu FIFA World Cup 2026?

Sebanyak 48 pasukan akan dibahagikan kepada 12 kumpulan yang masing-masing mempunyai 4 pasukan. Setiap pasukan akan bermain tiga perlawanan di peringkat kumpulan sebelum 32 pasukan terbaik mara ke pusingan kalah mati.

6. Adakah semua perlawanan disiarkan di Malaysia?

Ya. Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung melalui Unifi TV. RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau siaran tertunda.

7. Bagaimana cara menonton FIFA World Cup 2026 di Malaysia?

Rakyat Malaysia boleh menonton FIFA World Cup 2026 menerusi:

RTM Klik
Unifi TV
MyTV
MyGov

Artikel berkaitan: Kenali 12 Zodiac Signs dan Sifat Personaliti Mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Index