Jawapan Ringkas: Senarai 8 pasukan yang layak ke pusingan suku akhir telah pun diumumkan. Pusingan suku akhir akan bermula dari 10 – 12 Julai.
Sumber semakan: FIFA.com, Reuters, The Guardian dan laporan keputusan perlawanan terkini
Keputusan Terkini Piala Dunia FIFA 2026 Setakat 8 Julal Jun 2026
Artikel ini dikemaskini setiap hari selepas perlawanan tamat. Semua masa adalah mengikut Waktu Malaysia (MYT, GMT+8).
Piala Dunia FIFA 2026 kini hanya berbaki lapan pasukan selepas semua aksi Pusingan 16 berakhir dengan penuh drama. Kejohanan edisi kali ini yang melibatkan 48 pasukan turut memperkenalkan pusingan kalah mati 32 pasukan sebelum memasuki Pusingan 16.
Beberapa pasukan pilihan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan. England menewaskan tuan rumah bersama Mexico dalam perlawanan sengit, manakala Argentina bangkit pada saat-saat akhir untuk menewaskan Mesir dan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan.
Kini, hanya lapan pasukan masih berpeluang menjulang trofi Piala Dunia 2026. Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo tersingkir kepada Sepanyol, Norway menamatkan cabaran Brazil sekali gus memusnahkan impian Neymar menjulang trofi Piala Dunia, manakala Belgium membelasah tuan rumah Amerika Syarikat dalam perlawanan yang turut dicemari kontroversi kad merah.
Ringkasan Keputusan Pusingan 16
| Hari & Tarikh | Perlawanan | Keputusan |
|---|---|---|
| Ahad, 5 Julai | Paraguay lwn France | 0 – 1 |
| Ahad, 5 Julai | Canada lwn Morocco | 0 – 3 |
| Isnin, 6 Julai | Brazil lwn Norway | 1 – 2 |
| Isnin, 6Julai | Mexico lwn England | 2 – 3 |
| Selasa, 7 Julai | Portugal lwn Sepanyol | 0 – 1 |
| Selasa, 7 Julai | USA lwn Belgium | 3 – 1 |
| Rabu, 8 Julai | Argentina lwn Egypt | 3 – 2 |
Semak Jadual Piala Dunia 2026 – Mengikut Waktu Malaysia
Senarai Lengkap Pasukan yang Layak ke Pusingan Suku Akhir
Berikut ialah senarai lengkap pasukan yang telah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2026.
- Maghribi.
- Perancis.
- Norway.
- England.
- Sepanyol.
- Belgium.
- Argentina.
- Switzerland.

Piala Dunia 2026 menggunakan format baharu dengan 48 pasukan yang dibahagikan kepada 12 kumpulan, iaitu Kumpulan A hingga Kumpulan L.
Selepas peringkat kumpulan tamat, dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara secara automatik ke Pusingan 32. Selain itu, lapan pasukan tempat ketiga terbaik turut layak ke pusingan kalah mati.

Dalam carta hierarki, label seperti 1A bermaksud juara Kumpulan A, manakala 2A bermaksud naib juara Kumpulan A. Format ini digunakan untuk menunjukkan bagaimana keputusan peringkat kumpulan akan menentukan laluan pasukan ke Pusingan 32.
Nota: Piala Dunia 2026 menggunakan format baharu dengan 48 pasukan yang dibahagikan kepada 12 kumpulan, dari Kumpulan A hingga Kumpulan L. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan, dan selepas semua perlawanan kumpulan selesai, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke Pusingan 32. Label seperti 1A bermaksud juara Kumpulan A, manakala 2A bermaksud naib juara Kumpulan A. Selain itu, 8 pasukan tempat ketiga terbaik daripada semua kumpulan juga akan layak ke Pusingan 32.
Cara Tonton Piala Dunia 2026 Percuma di Malaysia
RTM Klik — tonton di TV1, TV2, Sukan RTM atau streaming percuma di aplikasi RTM Klik.
MyGov App — pengguna MyDigital ID boleh streaming semua perlawanan secara percuma.
Unifi TV — kesemua 104 perlawanan disiarkan secara langsung.
Soalan Lazim Piala Dunia 2026
Artikel ini dikemaskini setiap hari selepas perlawanan tamat mengikut waktu Malaysia GMT+8.
Format Piala Dunia 2026 bermula dengan peringkat kumpulan, diikuti Pusingan 32, Pusingan 16, suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan final.
semasa.
Keputusan rasmi boleh disemak di FIFA.com. Artikel ini juga dikemaskini berdasarkan keputusan rasmi FIFA.
Sebanyak 104 perlawanan akan dimainkan dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
RTM melalui TV1, TV2 dan Sukan RTM, RTM Klik, MyGov App dan Unifi TV.
Final akan berlangsung pada 20 Julai 2026 jam 3:00 pagi waktu Malaysia.
Piala Dunia 2026 mempunyai 48 pasukan dan dibahagikan kepada 12 kumpulan. Sebab itu kumpulan dalam edisi ini bermula dari Kumpulan A hingga Kumpulan L.
1A bermaksud pasukan yang menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan A. 2A pula bermaksud pasukan yang berada di tempat kedua Kumpulan A.
Sebanyak 32 pasukan akan layak ke Pusingan 32. Pasukan ini terdiri daripada dua pasukan teratas setiap kumpulan dan lapan pasukan tempat ketiga terbaik.

Pink Polkadot menulis tentang drama, rancangan realiti, dunia kerja dan kisah kehidupan sebenar yang ramai orang boleh relate. Gaya penulisannya santai, jujur dan kadang-kadang sedikit pedas, tapi tetap mudah dibaca. Di ehbetulke, Pink Polkadot fokus pada cerita yang dekat dengan real life — daripada konflik tempat kerja, perangai manusia, isu harian, sampai dunia hiburan yang buat orang rasa, “ehbetulke?”
