Suami Ditemui Mati, Isteri Hilang… Plot Twist Kes Ini Mengejutkan India

meghalaya crime

Apa yang sepatutnya jadi honeymoon romantik bertukar menjadi satu kes pembunuhan yang mengejutkan seluruh India.

Seorang lelaki baru berkahwin ditemui mati dalam gaung berkabus di Meghalaya, manakala isterinya pula hilang tanpa jejak. Pada mulanya ramai sangka wanita itu mungkin diculik atau turut dibunuh.

Tapi plot twist kes ni memang macam cerita thriller.

Beberapa hari kemudian, si isteri muncul semula dan polis terus menahannya kerana disyaki menjadi dalang pembunuhan suaminya sendiri ketika mereka sedang berbulan madu.

Baru Kahwin, Baru Nak Mulakan Hidup

Mangsa dikenali sebagai Raja Raghuvanshi, 30 tahun, berasal dari Indore, Madhya Pradesh. Dia datang daripada keluarga yang agak dikenali dalam bisnes pengangkutan.

Raja dikatakan seorang yang baik, rajin bekerja dan memang rapat dengan keluarga. Dia uruskan syarikat bas milik keluarga yang menyediakan pengangkutan untuk sekolah dan pusat tuisyen.

Pada 11 Mei lalu, Raja berkahwin dengan Sonam Raghuvanshi, 25 tahun, dalam satu majlis tradisional yang direstui kedua-dua belah keluarga.

Menurut ahli keluarga, hubungan mereka nampak normal. Tak ada drama, tak ada pergaduhan besar, semuanya berjalan lancar macam pasangan baru kahwin biasa.

Perkahwinan mereka pula jenis arranged marriage. Mereka kenal melalui satu direktori komuniti yang digunakan keluarga di sana untuk cari jodoh.

Masing-masing tengok profil, jumpa beberapa kali, kemudian setuju untuk kahwin.

Simple.

Atau sekurang-kurangnya, itulah yang semua orang fikir pada mulanya.

meghalaya crime

Honeymoon Di Meghalaya

Lepas beberapa hari berkahwin, pasangan ni buat keputusan pergi honeymoon ke Meghalaya, sebuah negeri di timur laut India yang terkenal dengan bukit berkabus, lembah cantik dan pemandangan alam semula jadi.

Abang Raja pernah cerita mereka pilih tempat tu sebab dengar Meghalaya ada “valley yang sangat cantik”.

Pada 20 Mei, mereka pun bertolak.

Tapi empat hari kemudian, kedua-duanya tiba-tiba hilang.

Keluarga mula panik.

Polis, pasukan penyelamat dan penduduk tempatan terus buat operasi mencari besar-besaran. Kawasan tu pula berbukit, berkabus dan hujan hampir setiap hari, jadi operasi memang susah.

Video pencarian yang tersebar dekat media sosial tunjuk anggota penyelamat turun gaung curam dan cari di kawasan hutan tebal.

Semua orang berharap pasangan tu masih hidup.

Mayat Raja Ditemui Dalam Gaung

Seminggu selepas kehilangan mereka, polis akhirnya jumpa mayat Raja dalam sebuah gaung.

Keadaan mayat memang menyedihkan.

Tekaknya dikelar, ada kesan kecederaan senjata tajam dan mayatnya mula mereput. Barang peribadi macam dompet, cincin emas dan rantai pula hilang.

Tapi satu benda yang buat kes ni makin misteri — Sonam masih hilang.

Tak ada siapa tahu dia dekat mana.

Masa tu ramai percaya Sonam mungkin jadi mangsa juga. Keluarga mereka buat kempen besar-besaran, tekan polis supaya percepatkan siasatan dan cari Sonam secepat mungkin.

Malah ada yang tuduh polis Meghalaya tak cukup serius dalam kes ni.

Mayat Raja ketika ditemukan di gaung

Tiba-Tiba Sonam Muncul Semula

Lepas beberapa hari penuh misteri, tiba-tiba polis umum Sonam dah ditemui.

Rupa-rupanya dia menyerah diri di sebuah balai polis di Uttar Pradesh.

Menurut polis, Sonam pergi ke sebuah dhaba, iaitu kedai makan tepi jalan, dan pinjam telefon untuk hubungi abangnya. Lepas tu polis datang dan tahan dia.

Dan dari situlah cerita ni terus jadi lebih gila.

Polis mula dedahkan bahawa mereka percaya Sonam sebenarnya dalang utama pembunuhan Raja.

Polis Dakwa Sonam Upah Pembunuh

Polis mendakwa Sonam mengupah beberapa lelaki untuk membunuh suaminya ketika honeymoon.

Empat lelaki sudah ditahan termasuk seorang lelaki bernama Raj Kushwaha.

Nama Raj ni mula jadi perhatian sebab dia sebenarnya pernah bekerja di kilang papan lapis milik keluarga Sonam.

Menurut polis, Raj bukan sekadar bekas pekerja biasa.

Mereka percaya dia ada hubungan rapat dengan Sonam dan mungkin jadi “co-mastermind” dalam rancangan pembunuhan tersebut.

Bila wartawan tanya sama ada Sonam ada hubungan sulit dengan Raj, polis tak jawab secara terus.

Tapi jawapan mereka cukup untuk buat ramai orang mula buat spekulasi.

“Kalau anda sambungkan semua petunjuk, memang nampak macam tu,” kata seorang pegawai polis.

Keadaan Sonam selepas ditangkap pihak polis

Keluarga Masih Tak Percaya

Walaupun polis dah buat tangkapan, bapa Sonam tetap pertahankan anaknya.

Dia kata Sonam tak bersalah dan percaya anaknya mungkin berjaya melarikan diri daripada penculik.

Malah dia tuduh polis mereka cerita dan minta siasatan dijalankan oleh pihak persekutuan India.

Keluarga Raja pula pada awalnya susah nak percaya Sonam terlibat.

Abang Raja pernah cakap dia tak akan percaya selagi Sonam sendiri tak mengaku.

Tapi lepas polis dedahkan salah seorang suspek memang bekerja dengan Sonam sebelum ni, keluarga mula rasa ada sesuatu yang tak kena.

“Kalau dia bersalah, dia patut dihukum,” kata abang Raja akhirnya.

Dari Kisah Cinta Jadi Kes Jenayah

Apa yang buat kes ni ramai orang susah nak hadam ialah semuanya bermula macam kisah cinta biasa.

Perkahwinan yang direstui keluarga.

Pasangan baru nak mulakan hidup.

Pergi honeymoon dekat tempat cantik.

Tapi akhirnya, seorang suami ditemui mati dalam gaung dan si isteri pula dituduh merancang pembunuhan itu sendiri.

Sekarang satu India sedang tunggu jawapan sebenar.

Adakah ini memang pembunuhan yang dirancang dari awal?

Atau masih ada rahsia lain yang belum terbongkar?

Baca juga: Kisah Pembunuh Sebenar Yang Jadi Inspirasi Filem Scream

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Index