Bila sebut filem slasher paling ikonik dalam dunia horror, ramai terus teringat Scream.
Topeng Ghostface, panggilan telefon menyeramkan dan ayat “What’s your favorite scary movie?” memang dah jadi simbol budaya pop sejak filem itu keluar pada tahun 1996.
Ramai anggap Scream cuma filem seram biasa tentang pembunuh bertopeng yang kejar budak sekolah menengah.
Tapi apa yang ramai tak tahu, idea untuk filem ni sebenarnya datang daripada satu kes pembunuhan bersiri sebenar yang pernah buat seluruh Florida hidup dalam ketakutan.
Dan realitinya… jauh lebih gelap daripada filem.

Dari Kisah Seram Sebenar Ke Filem Kultus
Scream ditulis oleh Kevin Williamson dan diarahkan oleh legenda horror, Wes Craven.
Filem tu mengisahkan Sidney Prescott, seorang pelajar sekolah menengah yang menjadi sasaran pembunuh bertopeng bernama Ghostface di bandar kecil Woodsboro, California.
Ghostface membunuh rakan-rakan Sidney satu demi satu dalam plot penuh dendam dan permainan psikologi.
Filem tu meletup besar.
Ia bukan saja jadi fenomena box office, malah melahirkan beberapa sequel dan siri TV sendiri.
Tapi di sebalik kejayaan Scream, ada satu kisah jenayah sebenar yang menjadi inspirasi utama kepada Kevin Williamson, kisah seorang pembunuh bersiri bernama Danny Rolling.
Siapa Danny Rolling?
Danny Rolling dilahirkan di Shreveport, Louisiana pada tahun 1954.
Masa kecilnya memang penuh masalah. Dia membesar dalam keluarga yang dikatakan penuh penderaan dan kekacauan.
Macam banyak kisah pembunuh bersiri lain, zaman kanak-kanaknya dipenuhi trauma.
Bila dewasa, hidup Rolling pula makin tak stabil. Dia susah nak kekalkan pekerjaan dan kehidupannya semakin huru-hara.
Pada tahun 1990, dia didakwa cuba membunuh bapanya sendiri.
Tapi itu baru permulaan.
Pembunuhan Yang Buat Satu Bandar Panik
Pada Ogos 1990, Danny Rolling pergi ke Gainesville, Florida dan memulakan siri pembunuhan yang akhirnya menjadikan namanya terkenal sebagai “The Gainesville Ripper”.
Dalam tempoh beberapa malam saja, lima pelajar dibunuh dengan kejam.
Mangsa terdiri daripada seorang pelajar Santa Fe College dan empat pelajar University of Florida.
Semua mangsa dibunuh di apartment masing-masing menggunakan senjata yang sama iaitu pisau.
Tapi apa yang buat kes ni lebih mengerikan ialah cara Rolling meninggalkan mayat mangsa.
Dia sengaja menyusun posisi mayat dalam keadaan pelik dan mengganggu untuk mengejutkan orang ramai serta menarik perhatian media.
Dan memang itu yang berlaku.

Gainesville Bertukar Jadi Bandar Ketakutan
Kes pembunuhan tu tersebar dengan sangat cepat di seluruh Florida.
Pelajar mula takut nak keluar rumah.
Ada yang membatalkan kemasukan ke universiti kerana terlalu takut.
Bandar Gainesville ketika itu memang hidup dalam suasana panik.
Orang ramai mula rasa sesiapa saja boleh jadi mangsa seterusnya.
Dan itulah yang paling menyeramkan menjadikan pembunuhan itu nampak rawak.
Tak ada sebab peribadi.
Tak ada dendam jelas.
Cuma seorang pembunuh yang mahu mencipta ketakutan.
Akhirnya Ditangkap

Nasib baik, Danny Rolling tak sempat bebas lama.
Pada 7 September 1990, dia ditahan di Ocala, Florida atas kes pecah rumah.
Tapi ketika polis memeriksa barang miliknya, mereka jumpa alat yang sepadan dengan kesan di lokasi pembunuhan Gainesville.
Dari situlah semuanya terbongkar.
Rolling akhirnya didakwa atas lima pembunuhan tersebut.
Pada tahun 1994, dia mengaku bersalah dan mengakui dia melakukan semua pembunuhan itu untuk mendapatkan “notoriety” atau kemasyhuran sama seperti pembunuh bersiri terkenal Ted Bundy.
Polis kemudian turut mengaitkannya dengan tiga lagi pembunuhan lama di Shreveport, Louisiana.
Rolling akhirnya mengaku juga.
Secara keseluruhan, dia membunuh lapan orang.
Dia dijatuhi hukuman mati dan dihukum mati melalui suntikan maut pada tahun 2006 di Florida State Prison.
Macam Mana Kes Ini Jadi Inspirasi Scream?
Inilah bahagian paling menarik.
Kevin Williamson sebenarnya terjumpa laporan berita tentang Gainesville Ripper ketika dia sedang bersendirian di rumah.
Semasa menonton berita itu, dia perasan satu tingkap rumahnya terbuka.
Dan tiba-tiba dia terfikir…
“Kalau ada orang masuk rumah sekarang, aku mungkin langsung tak sedar.”
Perasaan seram itulah yang mencetuskan idea untuk menulis sebuah filem horror.
Pada awalnya, skrip itu diberi nama Scary Movie.
Kemudian ia ditukar menjadi Scream dan selebihnya jadi sejarah budaya pop.
Ghostface Dan Danny Rolling Tak Sama Sepenuhnya
Walaupun Scream diinspirasikan daripada kisah sebenar, Ghostface sebenarnya agak berbeza dengan Danny Rolling.
Dalam filem Scream, pembunuh Ghostface rupa-rupanya dua orang iaitu Billy Loomis dan Stu Macher.
Mereka ada motif dendam terhadap Sidney Prescott.
Billy marah kerana ayahnya pernah mempunyai hubungan sulit dengan ibu Sidney sehingga menghancurkan keluarganya.
Danny Rolling pula berbeza.
Dia membunuh bukan sebab dendam.
Dia bunuh untuk perhatian.
Untuk jadi terkenal.
Dan hakikat itu sebenarnya lebih menakutkan sebab ia bermaksud sesiapa saja boleh jadi mangsa.

Kenapa Scream Masih Kekal Ikonik?
Mungkin sebab filem itu terasa terlalu “real”.
Scream bukan sekadar kisah pembunuh bertopeng.
Ia bermain dengan ketakutan paling asas manusia iaitu rasa bahawa bahaya boleh muncul bila-bila masa, di tempat yang paling biasa dan kepada orang muda yang tak bersalah.
Itulah sebab Scream masih dianggap antara filem horror terbaik sampai hari ini.
Dan bila tahu kisah sebenar di sebaliknya, filem itu rasa lebih menyeramkan daripada sebelumnya.
Baca juga: Suami Ditemui Mati, Isteri Hilang… Plot Twist Kes Ini Mengejutkan India


