Keputusan Terkini Piala Dunia FIFA 2026 — Dikemaskini 17 Jun 2026

Jawapan Ringkas: Keputusan terkini Piala Dunia FIFA 2026 setakat 17 Jun 2026 menyaksikan France menewaskan Senegal 3-1, manakala Norway menang besar 4-1 ke atas Iraq. Sebelum ini, Mexico menang 2-0 ke atas South Africa, Korea Selatan menang 2-1 ke atas Czech Republic, Canada seri 1-1 dengan Bosnia Herzegovina, Qatar seri 1-1 dengan Switzerland, Amerika Syarikat menang 4-1 ke atas Paraguay, Brazil seri 1-1 dengan Morocco, dan Scotland menang 1-0 ke atas Haiti. Artikel ini dikemaskini mengikut waktu Malaysia (GMT+8).
Semakan terakhir: 17 Jun 2026, 9am, waktu Malaysia (GMT+8).

Keputusan Terkini Piala Dunia FIFA 2026 Setakat 17 Jun 2026

Artikel ini dikemaskini setiap hari selepas perlawanan tamat. Semua masa adalah mengikut Waktu Malaysia (MYT, GMT+8).

Kemas kini terbaru Piala Dunia FIFA 2026 menyaksikan aksi Kumpulan I berlangsung dengan dua keputusan menarik. France memulakan kempen mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas Senegal untuk mengutip tiga mata pertama kejohanan.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan yang sama, Norway mencatat kemenangan meyakinkan 4-1 ke atas Iraq. Erling Haaland menjadi tumpuan apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Norway meraih kemenangan besar dalam penampilan sulung mereka di Piala Dunia 2026.

Keputusan ini menyaksikan France dan Norway berkongsi tiga mata dalam Kumpulan I, manakala Senegal dan Iraq perlu bangkit dalam perlawanan seterusnya untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Artikel ini akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa selepas keputusan rasmi perlawanan tamat. Semua tarikh dan kemas kini dalam artikel ini dirujuk mengikut Waktu Malaysia (MYT, GMT+8).

Artikel Berkaitan: Jadual FIFA World Cup 2026 – Mengikut Waktu Malaysia

Kedudukan Kumpulan Terkini Setakat 17 Jun 2026


Piala Dunia 2026 menggunakan format baharu dengan 48 pasukan yang dibahagikan kepada 12 kumpulan, iaitu Kumpulan A hingga Kumpulan L. Selepas peringkat kumpulan tamat, dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara secara automatik ke Pusingan 32. Selain itu, lapan pasukan tempat ketiga terbaik turut layak ke pusingan kalah mati.

Dalam carta hierarki, label seperti 1A bermaksud juara Kumpulan A, manakala 2A bermaksud naib juara Kumpulan A. Format ini digunakan untuk menunjukkan bagaimana keputusan peringkat kumpulan akan menentukan laluan pasukan ke Pusingan 32.

Keputusan Piala Dunia 2026 Terkini (Waktu Malaysia)

Nota: Piala Dunia 2026 menggunakan format baharu dengan 48 pasukan yang dibahagikan kepada 12 kumpulan, dari Kumpulan A hingga Kumpulan L. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan, dan selepas semua perlawanan kumpulan selesai, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke Pusingan 32. Label seperti 1A bermaksud juara Kumpulan A, manakala 2A bermaksud naib juara Kumpulan A. Selain itu, 8 pasukan tempat ketiga terbaik daripada semua kumpulan juga akan layak ke Pusingan 32.

Cara Tonton Piala Dunia 2026 Percuma di Malaysia
RTM Klik — tonton di TV1, TV2, Sukan RTM atau streaming percuma di aplikasi RTM Klik.
MyGov App — pengguna MyDigital ID boleh streaming semua perlawanan secara percuma.
Unifi TV — kesemua 104 perlawanan disiarkan secara langsung.

Soalan Lazim Piala Dunia 2026

Bila keputusan Piala Dunia 2026 dikemaskini?

Artikel ini dikemaskini setiap hari selepas perlawanan tamat mengikut waktu Malaysia GMT+8.

Apakah format Piala Dunia 2026?

Format Piala Dunia 2026 bermula dengan peringkat kumpulan, diikuti Pusingan 32, Pusingan 16, suku akhir, separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan final.
semasa.

Di mana nak semak keputusan Piala Dunia 2026 rasmi?

Keputusan rasmi boleh disemak di FIFA.com. Artikel ini juga dikemaskini berdasarkan keputusan rasmi FIFA.

Berapa banyak perlawanan dalam Piala Dunia 2026?

Sebanyak 104 perlawanan akan dimainkan dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

Piala Dunia 2026 disiarkan di mana di Malaysia?

RTM melalui TV1, TV2 dan Sukan RTM, RTM Klik, MyGov App dan Unifi TV.

Bila perlawanan final Piala Dunia 2026?

Final akan berlangsung pada 20 Julai 2026 jam 3:00 pagi waktu Malaysia.

Kenapa Piala Dunia 2026 ada Kumpulan A hingga L?

Piala Dunia 2026 mempunyai 48 pasukan dan dibahagikan kepada 12 kumpulan. Sebab itu kumpulan dalam edisi ini bermula dari Kumpulan A hingga Kumpulan L.

Apa maksud 1A dan 2A dalam carta Piala Dunia 2026?

1A bermaksud pasukan yang menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan A. 2A pula bermaksud pasukan yang berada di tempat kedua Kumpulan A.

Berapa banyak pasukan layak ke Pusingan 32 Piala Dunia 2026?

Sebanyak 32 pasukan akan layak ke Pusingan 32. Pasukan ini terdiri daripada dua pasukan teratas setiap kumpulan dan lapan pasukan tempat ketiga terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Index