KEMASKINI 16 MAY
| Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
| Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
| Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 |
| Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 |
| Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 |
Pernah dengar penjilat level dewa sampai licin berkilat dia jilat boss kau. Sama-sama kerja dalam office yang sama, tapi sebab dia rasa diri dia lebih pandai, lebih bijak, lebih updated dari kau, dia rase kau tak layak duduk di tempat kau dan dia patot yang diberi perhatian. Orang macam ni celik mata, kaki jejak lantai office, benda pertama dia buat dia scan 1 office, siapa yang tak senyum masa dia masuk office, siapa tak cakap good morning dekat dia, siapa yang tak gelak, siapa yang tak tegur dia. Sepanjang waktu, dalam kepala dia cume SIAPA YANG.. SIAPA YANG… sebab tiap hari dia kena ade benda baru nak cakap buruk pasal kau.
Tugas dia sepanjang hari mesti update tambah gula garam semua dekat boss kau. Dan bos? Dia percaya penjilat bulat bulat. Macam dah tak ada ruang untuk pertahankan diri atau tanya 2 belah pihak. Percaya 100%. Sembur kau balik, tiap hari ada sindiran tiap hari ada maki, tiap hari macam kau dalam balai polis. Aku rasa polis pon penat kalau hari-hari maki orang yang sama. Tapi kau? Kau bertahan bukan sebab kau buta, bukan sebab kau pekak, bukan sebab kau senang dipijak. Tapi sebab kau fikir mak ayah kau dekat kampung yang jadi tanggungjawab kau untuk jaga makan minum mereka. Jadi kau cakap dekat diri kau, kau bertahan, selagi kau mampu….hanya bertahan yang kau mampu…..
Ini kisah aku, dulu, mental aku koyak teruk, kesan tu sampai sekarang. Aku bukan mintak simpati. Tapi aku jadikan semua ni tauladan untuk diri aku sendiri dan diri kau yang sudi baca. Aku tak cakap aku baik, aku jauh dari perfect, tapi aku cuma yakin kalau kita buat baik, kita kerja ikhlas, tuhan tak tidur.





