Lepas Semak Keputusan UPU, Jangan Skip Step Penting Ni

keputusan upu

Keputusan UPU bagi lepasan SPM sesi akademik 2026/2027 akhirnya bakal diumumkan pada 22 Mei 2026 dan mesti ramai calon tengah berdebar tunggu result masing-masing.

Ada yang excited nak tengok berjaya ke tak, ada juga yang nervous sebab risau tak lepas course impian.

Tapi korang tahu tak? Lepas semak keputusan UPU nanti, sebenarnya ada beberapa step penting yang ramai pelajar selalu terlepas pandang.

Lagi-lagi kalau status UPUOnline korang keluar “BERJAYA”, memang ada beberapa urusan yang kena dibuat cepat sebelum tarikh tutup.

Jadi supaya korang tak blur nanti, ni antara perkara penting yang perlu dibuat selepas semak keputusan UPU.

Artikel berkaitan: PBAKL 2026 Kembali Lagi Dengan Pelbagai Aktiviti & Tawaran Menarik

Cara Semak Keputusan UPU

Semakan keputusan UPU bagi sesi akademik 2026/2027 boleh dilakukan melalui tiga cara, iaitu:

  1. Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my.
  2. Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
  3. Melalui Aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar.

Kalau Status UPUOnline “BERJAYA”, Ini Yang Korang Kena Buat

1. Buat Pengesahan “Setuju Terima” Sebelum 31 Mei 2026

First sekali, korang wajib buat pengesahan “Setuju Terima” tawaran yang diberikan sebelum 31 Mei 2026 jam 5 petang.

Jangan tunggu last minute sebab kalau terlepas tarikh ni, sistem boleh anggap korang menolak tawaran tersebut.

2. Muat Turun & Cetak Surat Tawaran Rasmi

Lepas dah confirm setuju terima, terus download surat tawaran rasmi daripada portal universiti atau UPUOnline®️.

Surat ni penting untuk urusan daftar masuk universiti nanti, jadi better print siap-siap dan simpan dalam fail khas.

3. Buat Medical Check-Up

Kebanyakan IPTA akan minta pelajar buat pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar masuk.

Jadi jangan tunggu dekat-dekat tarikh pendaftaran baru nak buat medical check-up sebab kadang-kadang klinik penuh atau dokumen tak sempat siap.

4. Buka Akaun Bank Panel Yang Ditetapkan

Sesetengah universiti akan tetapkan bank panel tertentu untuk urusan pembayaran yuran, elaun atau biasiswa.

Sebab tu korang kena semak arahan universiti masing-masing dan buka akaun bank yang diperlukan lebih awal.

5. Sediakan Fail Dokumen Sokongan

Start kumpulkan semua dokumen penting dalam satu fail supaya senang masa hari pendaftaran nanti.

Antara dokumen yang biasanya diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil SPM
  • Slip keputusan
  • Surat beranak
  • Gambar passport
  • Surat tawaran
  • Dokumen bantuan kewangan

Bila dah susun awal-awal, memang kurang stress nanti.

Kalau Status UPUOnline “GAGAL”, Jangan Give Up Dulu

Tak dapat mana-mana tawaran UPU bukan bermaksud peluang korang dah habis tau bestie.

Korang masih boleh buat rayuan UPUOnline®️ sebelum 31 Mei 2026 untuk cuba dapatkan peluang kedua.

Info Penting Tentang Rayuan UPU

Sebelum buat rayuan, ni beberapa perkara penting yang korang kena tahu:

  • Maksimum 4 kursus sahaja boleh dipilih
  • Semak syarat kelayakan & merit di e-Panduan dulu
  • Tak lepas syarat = sistem AI UPU auto reject
  • Rayuan khas untuk calon yang tak mendapat tawaran sahaja
  • Calon yang dah dapat tawaran tak boleh tukar course melalui rayuan

Jadi pilih kursus yang betul-betul sesuai dengan merit dan kelayakan korang.

Kenapa Saya Gagal Dapat UPU?

Ramai calon ingat bila tak dapat UPU maksudnya result tak bagus. Padahal ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan permohonan gagal.

keputusan upu

1. Tak Tekan Butang Simpan / Submit

Ada yang isi permohonan panjang berjela tapi lupa tekan butang simpan atau submit pada akhir permohonan.

Last-last sistem anggap permohonan tak dihantar langsung.

2. Tak Lepas Syarat Kelayakan

Sesetengah kursus ada syarat khas seperti subjek tertentu atau minimum gred yang wajib dipenuhi.

Kalau result atau subjek tak cukup syarat, memang sukar untuk permohonan diluluskan.

3. Tempat Terlalu Penuh

Course popular memang ramai calon rebut setiap tahun.

Walaupun layak, belum tentu dapat kalau jumlah tempat yang ditawarkan sangat terhad.

4. Gagal Temuduga atau Ujian Khas

Ada kursus tertentu yang memerlukan calon menghadiri interview atau ujian khas seperti pendidikan, seni bina dan beberapa program profesional lain.

Kalau tak lepas peringkat ni, peluang untuk dapat tawaran memang tipis.

5. Merit Rendah

UPU akan memilih calon berdasarkan merit tertinggi terlebih dahulu.

Kalau merit rendah berbanding calon lain, peluang untuk dapat course pilihan jadi lebih kecil.

Ada Kaunter Konsultasi Rayuan UPUOnline®

Kalau masih tak pasti nak pilih course apa atau perlukan bantuan, korang boleh terus walk in ke Kaunter Konsultasi Rayuan UPUOnline®️ untuk dapatkan konsultasi secara terus.

Lokasi:
Ruang Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi,
No 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Putrajaya

Tarikh:
22, 25, 26 dan 29 Mei 2026

Waktu Operasi:
9.00 pagi – 5.00 petang

Waktu Rehat:
Isnin – Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
Jumaat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang

Penting:

  • Kaunter dan rayuan ini khas untuk calon yang tidak mendapat sebarang tawaran sahaja.
  • Bukan untuk tukar universiti atau tukar institusi.

Cara Buat Rayuan UPU

Permohonan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 boleh dibuat secara online sepenuhnya selama 10 hari sahaja bermula 22 Mei hingga 31 Mei 2026.

Calon yang tidak berjaya mendapat tawaran semasa keputusan utama diumumkan boleh membuat rayuan melalui portal UPUOnline® dengan memilih maksimum 4 program pengajian.

Berikut merupakan panduan lengkap langkah demi langkah untuk membuat rayuan UPU sesi 2026/2027:

  1. Layari portal UPUOnline.
  2. Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan calon.
  3. Klik “Log Masuk” untuk masuk ke halaman permohonan kemasukan sesi akademik 2026/2027.
  4. Klik “Di sini” dan tekan “Seterusnya” untuk meneruskan permohonan rayuan.
  5. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang diperlukan pada halaman Maklumat Peribadi.
  6. Kemaskini maklumat keputusan SPM dan klik “Simpan” selepas selesai.
  7. Tekan “Seterusnya” untuk masuk ke halaman Pilihan Program.
  8. Pilih “Ya” atau “Tidak” bagi permohonan Program Pendidikan Tinggi TVET.
  9. Isi 4 pilihan program pengajian dan susun ikut minat calon.
  10. Klik “Simpan” selepas selesai kemas kini maklumat.
  11. Tekan “Seterusnya” untuk ke halaman Pengesahan.
  12. Pastikan semak semula maklumat dan klik “Cetak” untuk muat turun slip permohonan UPUOnline.
  13. Simpan atau cetak slip permohonan sebagai rujukan calon.

Nota: Rayuan ke Kolej Komuniti perlu dibuat terus ke institusi berkaitan dan bukan melalui UPUOnline.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang sistem, permohonan dan rayuan UPU Online 2025 / 2026, sila hubungi saluran berikut:

Soalan Lazim Keputusan UPU

1. Bagaimanakah keputusan UPU lepasan SPM ditentukan?

Keputusan UPU ditentukan berdasarkan markah merit calon. Lagi tinggi markah merit, lagi tinggi peluang untuk dapat tawaran course pilihan.

2. Bagaimana proses pemilihan UPU dilaksanakan?

Proses pemilihan dibuat sepenuhnya menggunakan sistem komputer. Tawaran diberikan berdasarkan markah merit, syarat kelayakan course, kekosongan tempat, keputusan interview atau ujian (jika ada) serta pilihan yang calon isi.

3. Bagaimana cara buat rayuan UPU?

Rayuan UPU hanya dibuka untuk calon yang gagal mendapat tawaran atau yang hanya ditawarkan program sijil di Kolej Komuniti. Rayuan boleh dibuat dalam tempoh 10 hari selepas keputusan diumumkan. Calon yang tolak atau tidak sahkan tawaran pula tidak akan dipertimbangkan untuk rayuan.

4. Pilihan program apa yang boleh dipilih semasa rayuan UPU?

Calon boleh memilih maksimum 4 program pengajian semasa rayuan. Course yang ada interview atau ujian hanya boleh diletakkan pada Pilihan 1 dan 2 sahaja. Sistem juga hanya akan paparkan course yang calon layak dan masih mempunyai kekosongan.

5. Bila keputusan rayuan UPU lepasan SPM diumumkan?

Keputusan rayuan UPU lepasan SPM dijangka diumumkan pada minggu ketiga Jun 2026.

6. Siapakah yang tidak layak membuat rayuan UPU?

Calon yang Telah Berjaya: Pemohon yang sudah mendapat tawaran peringkat Asasi, Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat rayuan tukar program atau tukar universiti.

Tidak Memohon UPUOnline: Individu yang langsung tidak mengisi atau tidak menghantar permohonan UPUOnline sebelum tarikh tutup fasa permohonan awal.

Artikel berkaitan: Pet Expo Malaysia 2026 Datang Lagi Dekat Mid Valley — Pet Parents, Siap Sedia Hilang Kawalan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Index