Astrologi mempercayai bahawa setiap zodiak mempunyai personaliti, kekuatan dan kelemahan tersendiri. Dalam dunia astrologi, tiada zodiak yang dianggap paling baik atau paling buruk kerana setiap tanda membawa tenaga dan keunikan masing-masing.
Kesemua 12 zodiac signs saling melengkapi antara satu sama lain dan membentuk kepelbagaian personaliti manusia.
Zodiak juga dibahagikan kepada empat elemen utama iaitu Api, Bumi, Udara dan Air.
Selain itu, terdapat juga tiga modality iaitu Cardinal, Fixed dan Mutable yang mempengaruhi cara setiap zodiak bertindak dan berfikir dalam kehidupan.
Baca juga: Hantavirus Kini Jadi Perhatian Dunia, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Apa itu Sun Sign dalam Zodiak?
Sun sign atau tanda matahari ditentukan berdasarkan tarikh lahir seseorang. Ia menggambarkan personaliti asas, identiti diri, emosi, cara berfikir, hubungan cinta dan bagaimana seseorang menjalani kehidupan.
Dalam astrologi, sun sign dianggap sebagai asas utama untuk memahami diri sendiri.
1. Aries (21 Mac – 19 April)

Elemen: Api
Modality: Cardinal
Aries ialah zodiak pertama dalam carta astrologi dan terkenal dengan sifat berani, kompetitif dan bercita-cita tinggi.
Mereka suka menjadi nombor satu dan tidak takut mengambil risiko besar dalam hidup. Aries juga terkenal sebagai individu yang sangat aktif dan gemar cabaran baharu.
Golongan Aries biasanya bertindak tanpa berfikir panjang kerana mereka lebih suka terus mencuba daripada terlalu banyak merancang.
Mereka mempunyai semangat kepimpinan semula jadi dan sering menjadi individu yang memulakan sesuatu perkara terlebih dahulu.
Kekuatan Aries:
- Berani dan yakin diri
- Penuh tenaga
- Suka cabaran
- Pemimpin semula jadi
Kelemahan Aries
- Cepat marah
- Tidak sabar
- Kadang-kadang terlalu agresif
2. Taurus (20 April – 20 Mei)

Elemen: Api
Modality: Fixed
Taurus terkenal sebagai zodiak yang sukakan keselesaan dan kemewahan hidup. Mereka menikmati suasana tenang, makanan sedap, muzik yang menenangkan dan kehidupan stabil.
Taurus dilambangkan dengan lembu jantan yang menunjukkan sifat kuat dan sangat degil.
Mereka juga sangat setia dalam hubungan dan menghargai kestabilan kewangan. Taurus tidak suka perubahan mendadak dan lebih selesa dengan rutin yang konsisten.
Kekuatan Taurus:
- Setia dan boleh dipercayai
- Sabar
- Rajin bekerja
- Sukakan kestabilan
Kelemahan Taurus:
- Degil
- Sukar berubah
- Materialistik
3. Gemini (21 Mei – 20 Jun)

Elemen: Udara
Modality: Mutable
Gemini dikenali sebagai zodiak yang sangat aktif, spontan dan penuh rasa ingin tahu. Mereka suka bercakap, belajar perkara baharu dan mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.
Dilambangkan dengan simbol kembar, Gemini mempunyai dua sisi personaliti yang berbeza. Mereka boleh menjadi sangat menyeronokkan tetapi kadang-kadang sukar dijangka.
Kekuatan Gemini:
- Bijak berkomunikasi
- Kreatif
- Mudah mesra
- Cepat belajar
Kelemahan Gemini:
- Mudah bosan
- Sukar fokus
- Emosi tidak menentu
4. Cancer (21 Jun – 22 Julai)

Elemen: Udara
Modality: Cardinal
Cancer ialah zodiak yang sangat emosional dan intuitif. Mereka mudah memahami perasaan orang lain dan sangat menghargai keluarga serta hubungan rapat.
Dilambangkan dengan ketam, Cancer mempunyai “kulit keras” untuk melindungi hati mereka yang sensitif. Mereka sukar mempercayai orang pada awalnya tetapi sangat setia apabila sudah selesa.
Kekuatan Cancer:
- Penyayang
- Setia
- Intuitif
- Prihatin
Kelemahan Cancer:
- Terlalu sensitif
- Mudah terasa
- Sukar melupakan kenangan lama
5. Leo (23 Julai – 22 Ogos)

Elemen: Api
Modality: Fixed
Leo terkenal dengan sifat yakin diri, dramatik dan suka perhatian. Dilambangkan dengan singa, Leo suka menjadi pusat perhatian dan mempunyai aura pemimpin yang kuat.
Mereka sangat bersemangat, kreatif dan setia kepada orang tersayang. Leo juga suka dihargai dan dipuji atas usaha mereka.
Kekuatan Leo:
- Berkarisma
- Yakin diri
- Kreatif
- Setia
Kelemahan Leo:
- Ego tinggi
- Suka perhatian
- Kadang-kadang terlalu dramatik
6. Virgo (23 Ogos – 22 September)

Elemen: Bumi
Modality: Mutable
Virgo terkenal dengan sifat teliti, praktikal dan perfeksionis. Mereka suka memastikan semuanya tersusun dan dilakukan dengan betul.
Virgo juga sangat rajin dan gemar membantu orang lain. Mereka sentiasa mencari cara untuk memperbaiki diri dan meningkatkan kemahiran.
Kekuatan Virgo:
- Teliti
- Rajin
- Praktikal
- Bertanggungjawab
Kelemahan Virgo:
- Terlalu kritikal
- Overthinking
- Sukar berpuas hati
7. Libra (23 September – 22 Oktober)

Elemen: Udara
Modality: Cardinal
Libra melambangkan keseimbangan, keharmonian dan keadilan. Mereka sangat mementingkan hubungan baik dan tidak suka konflik.
Sebagai zodiak yang dilambangkan dengan penimbang, Libra sentiasa cuba memastikan semua perkara berada dalam keadaan seimbang terutama dalam percintaan.
Kekuatan Libra:
- Diplomatik
- Romantik
- Adil
- Mudah bekerjasama
Kelemahan Libra:
- Sukar membuat keputusan
- Takut konflik
- Kadang-kadang terlalu bergantung pada orang lain
8. Scorpio (23 Oktober – 21 November)

Elemen: Air
Modality: Fixed
Scorpio ialah antara zodiak paling misteri dan sukar difahami. Mereka sangat mendalam dari segi emosi dan mempunyai intuisi yang kuat.
Scorpio juga terkenal dengan sifat berani dan penuh rahsia. Mereka tidak mudah mempercayai orang tetapi sangat setia apabila sudah benar-benar sayang.
Kekuatan Scorpio:
- Berani
- Intuitif
- Setia
- Bersemangat
Kelemahan Scorpio:
- Pendendam
- Cemburu
- Sukar mempercayai orang
9. Sagittarius (22 November – 21 Disember)

Elemen: Api
Modality: Mutable
Sagittarius terkenal sebagai zodiak yang sukakan kebebasan dan pengembaraan. Mereka gemar meneroka perkara baharu sama ada dari segi ilmu, budaya atau pengalaman hidup.
Dilambangkan dengan pemanah, Sagittarius sentiasa mengejar impian dan mempunyai semangat optimis yang tinggi.
Kekuatan Sagittarius:
- Optimis
- Suka belajar
- Jujur
- Berfikiran terbuka
Kelemahan Sagittarius:
- Sukar komited
- Terlalu terus terang
- Cepat bosan
10. Capricorn (22 Disember – 19 Januari)

Elemen: Bumi
Modality: Cardinal
Capricorn sangat mementingkan masa, disiplin dan kejayaan hidup. Mereka terkenal sebagai individu yang rajin bekerja dan sangat fokus terhadap matlamat.
Dilambangkan dengan kambing laut, Capricorn bijak mengimbangi emosi dan dunia material demi mencapai kejayaan.
Kekuatan Capricorn:
- Berdisiplin
- Bertanggungjawab
- Sabar
- Berfikiran matang
Kelemahan Capricorn:
- Terlalu serius
- Workaholic
- Sukar meluahkan emosi
11. Aquarius (20 Januari – 18 Februari)

Elemen: Udara
Modality: Fixed
Walaupun namanya berkaitan air, Aquarius sebenarnya ialah zodiak elemen udara. Mereka terkenal dengan pemikiran moden, kreatif dan suka perubahan.
Aquarius juga sangat prihatin terhadap masyarakat dan sering mahu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
Kekuatan Aquarius:
- Inovatif
- Bijak
- Humanitarian
- Berfikiran jauh
Kelemahan Aquarius:
- Sukar difahami
- Degil
- Kadang-kadang terlalu emosional secara tersembunyi
12. Pisces (19 Februari – 20 Mac)

Elemen: Air
Modality: Mutable
Pisces ialah zodiak paling intuitif, sensitif dan penuh empati. Mereka mudah memahami emosi orang lain dan sering hidup dalam dunia imaginasi sendiri.
Dilambangkan dengan dua ekor ikan yang berenang bertentangan arah, Pisces sering terperangkap antara fantasi dan realiti.
Kekuatan Pisces:
- Kreatif
- Penyayang
- Intuitif
- Empati tinggi
Kelemahan Pisces:
- Terlalu emosional
- Mudah terpengaruh
- Suka lari daripada realiti
Apa Maksud Cardinal, Fixed dan Mutable?
1. Cardinal
Aries, Cancer, Libra dan Capricorn terkenal sebagai individu yang suka memulakan sesuatu dan mempunyai sifat kepimpinan.
2. Fixed
Taurus, Leo, Scorpio dan Aquarius pula stabil, konsisten dan sukar berubah pendirian.
3. Mutable
Gemini, Virgo, Sagittarius dan Pisces mudah menyesuaikan diri serta fleksibel dengan perubahan.
Soalan Lazim Zodiak Bulan dan Personaliti
Empat elemen zodiak ialah Api, Bumi, Udara dan Air. Setiap elemen mewakili tiga daripada 12 tanda zodiak dan mempunyai ciri personaliti tersendiri.
Zodiak elemen api ialah Aries, Leo dan Sagittarius. Mereka terkenal dengan sifat berani, penuh semangat dan suka cabaran.
Elemen bumi terdiri daripada Taurus, Virgo dan Capricorn. Zodiak ini biasanya bersifat praktikal, stabil dan boleh dipercayai.
Gemini, Libra dan Aquarius berada dalam elemen udara. Mereka sering dikaitkan dengan sifat bijak berkomunikasi, kreatif dan suka berfikir.
Cancer, Scorpio dan Pisces tergolong dalam elemen air. Mereka lebih emosional, intuitif dan mempunyai empati tinggi.
Kebiasaannya, zodiak dalam elemen yang sama lebih mudah serasi kerana mempunyai sifat dan nilai yang hampir sama.
Ya, zodiak api dan udara sering dianggap serasi kerana kedua-duanya aktif, spontan dan suka mencuba perkara baharu.
Elemen zodiak membantu menggambarkan cara seseorang berfikir, bertindak dan berhubung dengan orang lain dalam kehidupan harian.
Tidak semestinya sama 100%, tetapi mereka biasanya berkongsi beberapa sifat asas yang serupa mengikut elemen dan zodiak masing-masing.
Ramai suka membaca zodiak kerana ia menyeronokkan dan boleh memberi gambaran tentang personaliti, hubungan serta kehidupan harian seseorang.
Taurus sesuai dengan pasangan yang setia, stabil dan memahami emosi mereka. Zodiak yang sering serasi dengan Taurus ialah Capricorn, Pisces dan Scorpio.
Leo biasanya tertarik kepada pasangan yang romantik, setia dan menyokong mereka. Zodiak yang sesuai dengan Leo ialah Aries, Gemini, Libra dan Aquarius.



