Promo Hari Ibu 2026 menjadi antara tawaran yang paling dinantikan setiap tahun kerana banyak restoran dan hotel menawarkan buffet serta pakej makan istimewa dengan harga berbaloi.
Dari buffet mewah, set makan keluarga, hi-tea istimewa hinggalah diskaun makanan menarik, semuanya boleh dijadikan pilihan untuk meraikan ibu tersayang.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 50 promo buffet dan promosi makan best yang boleh anda cuba bersama keluarga tanpa perlu berbelanja terlalu mahal.
Baca juga: 20 Tempat Menarik di Johor untuk Percutian Best Bersama Family
1. Marrybrown
Marrybrown meraikan Hari Ibu dengan tawaran 2 Lucky Plate® pada harga RM25 sahaja. Promosi ini berlangsung dari 8 hingga 10 Mei 2026 dan boleh dinikmati menerusi dine-in atau takeaway.
Pelanggan hanya perlu redeem tawaran melalui aplikasi MB di kaunter sebelum membuat pembelian.

2. The Manhattan Fish Market
Sempena Hari Ibu, The Manhattan Fish Market mengajak pelanggan membawa ibu bapa menikmati hidangan seafood bersama keluarga.
Dari 8 hingga 10 Mei 2026, pelanggan berpeluang menikmati hidangan percuma khas untuk ibu bapa menerusi promosi yang disediakan di outlet terlibat.

3. KFC
KFC tampil dengan promo viral 6 ketul ayam hanya RM28 sepanjang 8 hingga 10 Mei 2026.
Tawaran ini tersedia untuk dine-in, Drive-Thru, Self Collect dan juga KFC Delivery dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Memang ngam untuk belanja mak makan ayam goreng panas-panas.

4. Sushi King
Sushi King menawarkan FREE Yakiniku apabila pelanggan membeli mana-mana 3 selected Yakiniku Set Meals bermula dari RM22.90.
Promosi khas Hari Ibu ini berlangsung dari 2 hingga 10 Mei 2026 dan sesuai untuk pencinta makanan Jepun.

5. Kenangan Coffee
Bagi yang plan sambut Hari Ibu secara santai, Kenangan Coffee menyediakan set khas yang mengandungi 2 minuman bersama 2 cream puff bermula RM20.90.
Tawaran ini berlangsung dari 4 hingga 10 Mei dengan pilihan pelbagai minuman kopi dan latte popular mereka.

6. 7 Eleven
7 Eleven turut memeriahkan sambutan Hari Ibu dengan diskaun 50% untuk pembelian Tedboy Mousse Cake kedua. Sesuai untuk dijadikan pencuci mulut manis ketika berkumpul bersama keluarga.

7. Richeese Factory
Richeese Factory memperkenalkan combo family meal khas Hari Ibu yang lengkap dengan ayam, nuggets dan minuman.
Pelanggan boleh memilih Combo Crispy Chicken RM39.99 atau Combo Fire Chicken RM43.99 sepanjang 8 hingga 10 Mei 2026.

8. Pizza Hut
Pizza Hut menawarkan promosi beli 1 Pizza Heart dan percuma 2 side dishes sehingga 17 Mei.
Dengan bentuk pizza yang comel dan menu sampingan percuma, memang sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk ibu tersayang.

9. Tony Roma’s
Tony Roma’s menghadiahkan FREE Seafood Pasta untuk pelanggan yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit.
Promosi ini berlangsung dari 8 hingga 10 Mei 2026 dan sesuai untuk keluarga yang ingin menikmati makan malam western bersama ibu.

10. AllAce
AllAce Burger & Chicken tampil dengan tawaran Whole Spring Chicken pada harga RM16.90 sahaja. Promo terhad dari 8 hingga 10 Mei ini sesuai untuk yang mahu belanja ibu makan ayam rangup tanpa perlu keluar bajet besar.

11. TGI Fridays
Sempena Hari Ibu, TGI Fridays menawarkan promo “Mom’s Meal Is On Us” di semua outlet mereka.
Dari 9 hingga 10 Mei 2026, ibu boleh makan secara percuma dengan pembelian mana-mana hidangan utama.

12. Jollibee
Jollibee meraikan Hari Ibu dengan promosi Buy 1 Free 1 Chicken Sandwich untuk pilihan Original atau Spicy. Peluang terbaik untuk menikmati sandwich ayam terkenal mereka bersama ibu tersayang.

13. Famous Amos
Famous Amos menawarkan promo online eksklusif apabila pelanggan yang berbelanja RM50 untuk gift items akan menerima percuma 2 snack packs Original bersaiz 15g. Tawaran ini berlangsung sehingga 9 Mei 2026.

14. Kopihut
Kopihut menghadiahkan percuma 1 Butter Rice Ayam Goreng khas untuk ibu dengan minimum pembelian RM50 dalam satu resit. Tawaran ini boleh dinikmati dari 8 hingga 10 Mei 2026.

15. The Teh Tarik Club
Bagi yang craving nasi lemak, The Teh Tarik Club menawarkan FREE Nasi Lemak untuk ibu dengan minimum pembelian RM35 dalam satu resit sempena sambutan Hari Ibu.

16. BHC Chicken
Pada 10 Mei 2026, BHC Chicken menawarkan 3 ketul boneless chicken percuma bernilai RM21.90 apabila pelanggan berbelanja minimum RM40. Memang sesuai untuk family lunch bersama mak.

17. Italiannies
Italiannies membolehkan ibu menikmati hidangan percuma sepanjang hujung minggu Hari Ibu dari 8 hingga 10 Mei.
Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana main course untuk menebus tawaran “Moms Eat Free”.

18. Coffee Bean Tea Leaf
Coffee Bean Tea Leaf menawarkan FREE My Mum’s Scone dengan pembelian dua minuman bersaiz 16oz. Sambutan Hari Ibu jadi lebih sweet dengan kopi dan pastry bersama ibu.

19. Gigi Coffee
Gigi Coffee hadir dengan hadiah comel berupa FREE DIY Flower Kit bagi setiap pembelian dua handcrafted drinks. Tawaran ini berlangsung dari 7 hingga 10 Mei di outlet terpilih.

20. Chicago Chicken City
Chicago Chicken City menyediakan set 8 ketul ayam goreng pada harga RM50 sahaja sempena Hari Ibu. Pelanggan boleh memilih ayam original atau spicy untuk dinikmati bersama keluarga.

21. 4 Fingers
4 Fingers memberikan FREE Cheesy Loaded Fries sempena Hari Ibu. Promo ini memang ngam untuk tambah side dish ketika menikmati hidangan ayam Korea bersama mak.

22. Yole
Yolé menawarkan second small cup froyo pada harga RM5.90 sahaja dari 8 hingga 10 Mei 2026. Sesuai untuk pencinta dessert yang mahu treat ibu dengan yogurt ais krim kegemaran ramai.

23. Boat Noodle
Boat Noodle membelanja satu FREE Yum Mama bagi setiap meja untuk pelanggan yang dine-in bersama ibu pada 9 dan 10 Mei 2026. Tawaran ini hanya sah untuk makan di restoran.

24. Krispy Kreme
Krispy Kreme tampil dengan pelbagai donut dan manisan khas sempena Hari Ibu. Sesuai dijadikan hadiah ringkas atau pencuci mulut selepas makan bersama keluarga.

25. NY Steak Shack
NY Steak Shack menawarkan promo istimewa untuk pelanggan yang membawa ibu bapa makan bersama dari 8 hingga 10 Mei 2026.
Hanya dengan minimum pembelian RM30, pelanggan boleh menikmati tawaran menarik yang disediakan.

26. Cafe Chef Wan
Cafe Chef Wan mengajak pelanggan meraikan Hari Ibu dengan hidangan tempatan yang selesa dan penuh nostalgia.
Pelanggan yang dine-in bersama ibu pada 9 dan 10 Mei serta memuat naik gambar sambutan akan menerima complimentary Sago Gula Melaka.

27. Texas Chicken Malaysia
Texas Chicken menawarkan FREE 8pc Nuggets dengan minimum pembelian RM25 sempena sambutan Hari Ibu. Memang sesuai dijadikan tambahan menu ketika makan bersama keluarga.

28. Starbuck
Selain kopi, Starbucks turut menawarkan diskaun 50% untuk selected merchandise dengan pembelian mana-mana handcrafted beverage dari 8 hingga 10 Mei 2026.

29. Dunkin’
Dunkin’ memperkenalkan pilihan minuman, donut dan merchandise khas Hari Ibu termasuk promosi RM10 off untuk Signature Tumblers sehingga 10 Mei.

30. Domino’s Pizza
Domino’s Pizza melancarkan set khas Hari Ibu yang merangkumi 2 pizza, 1 side dish dan FREE Chocolate Lava Cake bermula RM47.90 sahaja. Sesuai untuk family movie night di rumah.

31. Taco Bell
Taco Bell menawarkan FREE meal untuk ibu dengan minimum pembelian RM25 dalam satu resit. Pelanggan boleh menikmati pelbagai menu Mexico popular bersama ibu tersayang.

32. Bask Bear
Bask Bear memberikan bunga percuma dengan setiap pembelian minuman atau toastie melalui aplikasi mereka. Hadiah kecil ini memang menambahkan lagi suasana manis sambutan Hari Ibu.
33. ZUS Coffee
ZUS Coffee bekerjasama dengan SimplySiti menerusi bundle khas Hari Ibu. Pelanggan akan menerima voucher diskaun SimplySiti apabila membeli minuman bundle tertentu.

34. Godiva
Godiva menawarkan diskaun 15% untuk koleksi hadiah Hari Ibu di samping complimentary flower untuk pelanggan. Memang sesuai bagi yang mahu hadiahkan coklat premium kepada ibu.

35. GSC
GSC mengajak pelanggan menikmati movie date bersama ibu dengan hadiah 2 FREE L’Oréal Paris Skin Hydrogel Glow Masks untuk setiap pembelian dua tiket wayang.

36. Sheraton Petaling Jaya Hotel
Sheraton PJ menawarkan hi-tea buffet premium lengkap dengan seafood, sashimi dan dessert pada harga RM138 nett seorang.
Tetamu terawal juga berpeluang menghias bento cake sendiri untuk dibawa pulang. Untuk pertanyaan dan tempahan, anda boleh melayari laman web mereka atau hubungi melalui WhatsApp di +6017 228 6098.

37. InterContinental Kuala Lumpur
Bagi yang sukakan suasana elegan, InterContinental KL menyediakan afternoon tea set lengkap dengan hidangan manis dan savoury bersama complimentary mocktail dan bunga ros untuk ibu.
38. Monsieur Darren Home of Pastry
Monsieur Darren Home of Pastry tampil dengan artisanal high tea spread yang mewah lengkap dengan macarons, mille feuille, croissant dan smoked salmon. Harga bermula RM188 untuk 2 hingga 3 orang.
39. Kotsu Kotsu
Kotsu Kotsu menawarkan pilihan dessert Jepun khas Hari Ibu seperti strawberry shortcake, daifuku roll cake dan choux pastry yang boleh dibeli untuk dine-in atau takeaway.
40. Inside Scoop
Inside Scoop memperkenalkan mixed berries cheesecake ice cream bouquet yang direka khas sempena Hari Ibu. Gabungan aiskrim dan bouquet ini memang nampak unik untuk dijadikan hadiah.
41. Fluffed
Fluffed tampil dengan 3D canvas cakes yang diinspirasikan seperti karya seni mini. Setiap kek hadir dengan pelbagai flavour premium dan didatangkan bersama easel kecil sebagai hiasan.
42. Maria’s SteakCafe
Maria’s SteakCafe sesuai untuk keluarga yang mahukan makan malam lebih premium kerana pelanggan bukan sahaja dapat menikmati steak berkualiti, malah ibu turut menerima sunscreen gift percuma bernilai RM108.
43. The Ritz-Carlton KL
The Ritz-Carlton KL menawarkan pengalaman afternoon tea klasik dengan pilihan scones, finger sandwiches dan dessert premium dalam suasana lounge yang elegan.

44. The RuMa Hotel and Residences
The RuMa Hotel menyediakan pengalaman makan lebih istimewa apabila ahli keluarga boleh memasak sendiri untuk ibu di live kitchen mereka. Aktiviti ini menjadikan sambutan Hari Ibu lebih bermakna.
45. Dorsett KL
Dorsett KL menawarkan promo ibu makan percuma dengan minimum tiga orang dewasa berbayar.
Selain buffet, terdapat juga aktiviti seperti caricature sketch dan clown appearance untuk hiburan keluarga.

46. Shangri-La Kuala Lumpur
Shangri-La KL menyediakan pelbagai pilihan dining experience sempena Hari Ibu termasuk buffet mewah, hidangan Jepun dan juga menu Cantonese untuk keluarga yang mahu lebih banyak pilihan.
47. Mandarin Oriental
Mandarin Oriental menawarkan pelbagai pengalaman makan bermula dari buffet hinggalah afternoon tea dan Cantonese set menu.
Anda boleh menikmati makan tengah hari mewah di Mosaic, minum petang sambil melihat artis berkarya secara langsung, atau bawa seisi keluarga menikmati hidangan Cina klasik. Kalau nak santai, ada juga pizza crab rangoon untuk dicuba.
Harga bermula dari RM65 hingga RM245 nett bergantung pada pilihan pengalaman.
48. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Sunway Putra Hotel tampil dengan hi-tea buffet lengkap bersama hidangan tempatan dan antarabangsa. Daripada hidangan berkuah yang mengenyangkan seperti Beef Bourguignon bersama lobak merah dan bawang kecil, hingga menu penuh rasa seperti Nasi Briyani Ayam.
Selain makanan, tetamu juga boleh menikmati aktiviti seperti cake decorating dan Baskin-Robbins ice cream tanpa had.
Bufet ini ditawarkan pada harga RM119 nett untuk dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak.

49. Imperial Lexis Kuala Lumpur
Imperial Lexis menawarkan hi-tea buffet mewah dengan pelbagai layanan tambahan khas untuk ibu termasuk shoulder massage percuma, welcome drink edisi khas dan bunga ros.
Bufet hi-tea ini ditawarkan pada harga RM168 nett untuk dewasa, RM118 nett untuk warga emas, dan RM60 nett untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, menjadikannya pilihan sesuai untuk keluarga yang mahukan sambutan lebih eksklusif.
Untuk tempahan, hubungi melalui WhatsApp di +6010 784 0176 atau emel ke eat@imperiallexiskl.com.

50. Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur
Hyatt Centric mempersembahkan hi-tea buffet bertemakan Italian cuisine sempena Hari Ibu. Antara menu menarik termasuk Black Angus strip loin, pizza pilihan chef dan Sicilian cannoli sebagai pencuci mulut.
Bufet ini ditawarkan pada harga RM188 nett untuk dewasa dan RM94 nett untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Klik di sini untuk menempah meja anda.

Soalan Lazim Promo Hari Ibu 2026
Kebanyakan promo Hari Ibu 2026 berlangsung sekitar 8 hingga 10 Mei 2026. Namun, terdapat juga promosi tertentu yang bermula lebih awal atau berlanjutan sehingga pertengahan Mei.
Tidak semestinya. Sesetengah promosi hanya tersedia di outlet terpilih atau negeri tertentu sahaja. Anda disarankan untuk menyemak cawangan yang terlibat sebelum membuat kunjungan.
Ya, sangat digalakkan terutama untuk buffet hotel dan restoran popular kerana kebanyakan tempat cepat penuh sempena sambutan Hari Ibu.
Ia bergantung kepada syarat setiap restoran. Ada promosi yang sah untuk dine-in sahaja, manakala ada juga yang boleh digunakan untuk takeaway, self collect atau delivery.
Tidak semua, tetapi kebanyakan restoran menetapkan minimum pembelian tertentu untuk menebus hidangan percuma atau diskaun khas Hari Ibu.
Sesetengah promosi boleh ditebus terus di kaunter, manakala ada yang memerlukan penggunaan aplikasi rasmi, voucher digital atau kod promosi tertentu.
Ya, semua promosi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh restoran atau hotel masing-masing.
Antara buffet hotel yang popular sempena Hari Ibu termasuk Sheraton Petaling Jaya, Mandarin Oriental, Shangri-La Kuala Lumpur, Imperial Lexis dan Hyatt Centric.
Ya, beberapa restoran menawarkan hidangan percuma untuk ibu seperti TGI Fridays, Italiannies, Taco Bell dan Dorsett KL dengan syarat minimum pembelian tertentu.
Kebanyakan restoran menawarkan promo buffet, set makan keluarga, buy 1 free 1, dessert percuma, diskaun makanan dan hadiah khas untuk ibu sempena sambutan Hari Ibu.



