MyKad Baru 2026 bakal diperkenalkan bermula Jun 2026 dengan pelbagai penambahbaikan dari segi reka bentuk dan keselamatan.
Kad pengenalan generasi baharu ini dilengkapi 53 ciri keselamatan terkini bagi mengukuhkan sistem identiti nasional, mengurangkan risiko pemalsuan identiti serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem pengenalan diri negara.
Ketahui ciri-ciri baharu dan kelebihan MyKad Baru 2026 dalam artikel ini.
Artikel berkaitan: Promo Pelajar Terbaik di Malaysia 2026: 20 Diskaun & Tawaran Student Card Yang Ramai Tak Tahu
Apa itu MyKad Baru 2026?
MyKad Baharu 2026 ialah kad pengenalan versi terkini yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memperkukuh sistem identiti nasional.
Kad ini dilengkapi 53 ciri keselamatan baharu, berbanding 23 ciri keselamatan pada MyKad sedia ada, bagi menangani pemalsuan identiti, mengawal jenayah rentas sempadan serta mengurangkan salah guna teknologi digital.
Antara ciri keselamatan yang diperkenalkan termasuk tulisan laser, ultraungu (UV), hologram, guilloche, teks mikro dan kod QR, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap sistem identiti negara. MyKad Baharu dijangka mula diperkenalkan pada Jun 2026.
Ciri-ciri MyKad Baru
MyKad Generasi Baharu hadir dengan pelbagai penambahbaikan bagi meningkatkan keselamatan, ketahanan dan kemudahan pengesahan identiti. Berikut merupakan ciri-ciri utama yang diperkenalkan:
1. Reka Bentuk Moden
MyKad Baharu menampilkan reka bentuk yang lebih moden dan terkini selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Penampilan baharu ini bukan sahaja lebih kemas dan profesional, malah turut mengandungi elemen keselamatan yang lebih canggih.
2. Bahan Polikarbonat Berkualiti Tinggi
Kad ini diperbuat daripada bahan polikarbonat berkualiti tinggi yang lebih tahan lasak berbanding bahan yang digunakan sebelum ini. Ia mampu bertahan lebih lama serta lebih sukar rosak akibat penggunaan harian.
3. Ciri Keselamatan Tambahan
MyKad Baharu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan tambahan untuk mencegah pemalsuan identiti dan penyalahgunaan dokumen. Penambahbaikan ini menjadikan kad lebih sukar ditiru serta membantu melindungi maklumat pemegang kad.
4. Elemen Pengesahan Digital Berlapis
Kad pengenalan generasi baharu ini turut mengandungi elemen pengesahan digital berlapis yang membolehkan proses pengesahan identiti dilakukan dengan lebih selamat dan cekap.
Ciri ini membantu meningkatkan tahap keselamatan dalam urusan fizikal dan digital.
5. Lebih Tahan Lama dan Selamat
Gabungan bahan berkualiti tinggi, teknologi keselamatan moden dan sistem pengesahan digital menjadikan MyKad Baharu lebih tahan lama, selamat serta sesuai digunakan untuk keperluan masa depan.

Evolusi MyKad di Malaysia
Sistem kad pengenalan di Malaysia telah berkembang sejak tahun 1948 dengan pelbagai penambahbaikan dari segi keselamatan, ketahanan dan teknologi.
Berikut ialah evolusi kad pengenalan negara berdasarkan garis masa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
1. Tahun 1948 – Kad Pengenalan Kertas Tanah Melayu
Kad pengenalan pertama diperkenalkan di Tanah Melayu dalam bentuk kertas. Ia digunakan sebagai dokumen pengenalan rasmi penduduk dan mengandungi maklumat asas pemegang kad.
2. Tahun 1949 – Kad Pengenalan Kertas Berlipat Sarawak
Di Sarawak, kad pengenalan diperkenalkan dalam bentuk buku kecil atau kertas berlipat yang menyimpan maklumat identiti pemiliknya.
3. Tahun 1960 – Kad Pengenalan Plastik
Pada tahun 1960, Semenanjung Malaysia mula menggunakan kad pengenalan plastik yang lebih tahan lama berbanding kad kertas.
Pada tahun yang sama, Sarawak turut memperkenalkan kad pengenalan bersalut dan kad plastik bagi meningkatkan ketahanan dokumen.
4. Tahun 1963 hingga 1972 – Kad Pengenalan Oren Sabah
Sabah menggunakan kad pengenalan berwarna oren dengan nombor pengenalan enam digit sebagai dokumen rasmi penduduk ketika itu.
5. Tahun 1972 – Kad Pengenalan Plastik Biru Sabah
Sistem kad pengenalan di Sabah dipertingkatkan dengan penggunaan kad plastik biru yang menggunakan nombor pengenalan tujuh digit.
6. Tahun 1990 – Kad Pengenalan Bermutu Tinggi
Malaysia memperkenalkan kad pengenalan bermutu tinggi yang mempunyai ciri keselamatan lebih baik bagi mengurangkan risiko pemalsuan identiti.
7. Tahun 1999 – Kad Pengenalan Bermutu Tinggi Generasi Baharu
Reka bentuk dan teknologi keselamatan kad pengenalan terus dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan semasa serta meningkatkan perlindungan data pemegang kad.
8. Tahun 2001 – Kad Pengenalan Pelbagai Guna (MyKad)
Tahun 2001 menjadi detik penting apabila Malaysia memperkenalkan MyKad, iaitu kad pengenalan pintar pertama di dunia yang mempunyai pelbagai fungsi.
Selain pengenalan diri, MyKad turut boleh digunakan untuk urusan kerajaan, lesen memandu dan aplikasi elektronik tertentu.
9. Tahun 2012 – MyKad Struktur Baharu
MyKad menerima penambahbaikan dari segi reka bentuk fizikal dan ciri keselamatan melalui pengenalan struktur baharu yang lebih sukar dipalsukan dan lebih tahan lama.
10. Tahun 2026 – MyKad Baharu
Bermula Jun 2026, Malaysia akan memperkenalkan MyKad Baharu yang dilengkapi 53 ciri keselamatan terkini.
Antara teknologi yang digunakan termasuk tulisan laser, hologram, ciri ultraungu (UV), guilloche, teks mikro dan kod QR bagi memperkukuh sistem identiti nasional serta membendung pemalsuan identiti.

Jenis-jenis Kad Pengenalan
Terdapat beberapa jenis Kad Pengenalan Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara iaitu:
- MyKad
- MyTentera
- MyKAS
- MyPR
Beza MyKad, MyPR dan MyKAS
| MyKad | MyPR | MyKAS |
|---|---|---|
| Pemegang Kad Pengenalan ini berstatus Warganegara Malaysia | Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Tetap berstatus Bukan Warganegara Malaysia | Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara berstatus Bukan Warganegara Malaysia |
| Kelayakan kepada seseorang yang mempunyai Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Pengesahan Taraf Kewarganegaraan / Borang Warganegara / Lampiran A (JAKOA) | Kelayakan berdasarkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia | Dikeluarkan kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan dan tempoh sah laku adalah 5 tahun daripada tarikh dikeluarkan |

Beza MyKad Awam, MyKad Polis dan MyTEN
| MyKad Awam | MyKad Polis | MyTEN |
|---|---|---|
| Warna biru standard | Warna sama seperti MyKad Awam (biru) | Warna biru kelabu |
| Dikeluarkan oleh JPN | Dikeluarkan oleh JPN | Dikeluarkan oleh JPN Khas untuk anggota ATM yang sedang berkhidmat sahaja |
| Papar No. Kad Pengenalan 12 digit sahaja | Papar No. Kad Pengenalan + No. Badan Polis | Papar No. Kad Pengenalan + No. Tentera |
| Digunakan untuk semua urusan kerajaan dan swasta | Digunakan untuk urusan rasmi polis, kerajaan dan swasta | Cip & fungsi sama seperti MyKad biasa (sah untuk semua urusan rasmi kerajaan & swasta) |
| Boleh digunakan untuk BUDI95 | Boleh digunakan untuk BUDI95 | Boleh digunakan untuk BUDI95 |
| Mula digunakan (BUDI95) – 28 September 2025 (penerima STR) – 30 September 2025 (semua warganegara layak) | Mula digunakan 27 September 2025 (BUDI95) | Mula digunakan: 27 September 2025 (BUDI95) |

Maklumat Penting Pelaksanaan MyKad Struktur Baharu 2026
Berikut ialah beberapa perkara penting yang diumumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai pelaksanaan pengeluaran dan gantian MyKad Struktur Baharu.
1. Pengeluaran MyKad Baharu Dilaksanakan Secara Berfasa
- Pengeluaran dan gantian MyKad Struktur Baharu akan bermula selepas pelancaran rasmi oleh Perdana Menteri.
- Tarikh pelaksanaan akan diumumkan kemudian oleh JPN.
2. Tidak Perlu Tergesa-Gesa Tukar MyKad
- MyKad sedia ada masih sah digunakan untuk semua urusan rasmi.
- Termasuk urusan penebusan subsidi dan bantuan kerajaan.
3. Fasa Pertama di 19 Lokasi
- Dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan 18 pejabat JPN terpilih.
- Permohonan dibuat melalui sistem janji temu.
- Pelaksanaan akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.
4. Keutamaan Kepada Pemegang Kad Lama
- Pemegang Kad Pengenalan Plastik (KPP).
- Pemegang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT).
- Pemegang MyKad Versi 1 (tanpa Ghost Image).
- Mereka akan diberi keutamaan untuk mendapatkan MyKad Struktur Baharu.
5. Wajib Tukar Bagi Kategori Tertentu
- Pemegang KPP, KPT dan MyKad Versi 1 diwajibkan menukar kad pengenalan kepada MyKad Struktur Baharu.
- Tempoh penukaran diberikan selama 3 tahun secara berperingkat.
6. Janji Temu Diperlukan
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN.
- Langkah ini bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JPN.
7. Keselamatan Data Dijamin
- JPN menegaskan maklumat peribadi pemegang MyKad akan terus dilindungi.
- Perlindungan data akan dibuat melalui ciri keselamatan baharu dan kawalan yang ditetapkan kerajaan.


Bila MyKad Baru Akan Dilancarkan?
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pengeluaran dan gantian MyKad Struktur Baharu akan mula dilaksanakan selepas pelancaran rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia.
Walau bagaimanapun, tarikh pelancaran sebenar akan diumumkan oleh pihak kerajaan pada masa terdekat.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan sebelum ini, MyKad Baharu dijangka mula diperkenalkan bermula Jun 2026 secara berperingkat di lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
Adakah Setiap Orang Wajib Tukar MyKad Baru?
Tidak. Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad kerana MyKad sedia ada masih sah digunakan untuk semua urusan rasmi termasuk urusan kerajaan, subsidi dan bantuan kerajaan.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang menggunakan MyKad versi terkini, penukaran tidak diwajibkan pada peringkat awal dan akan bergantung kepada arahan serta pelaksanaan yang diumumkan oleh JPN.
Siapa yang Perlu Ganti MyKad Baru?
JPN menetapkan keutamaan penukaran kepada pemegang kad pengenalan generasi lama iaitu Kad Pengenalan Plastik (KPP), Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan MyKad Versi 1 yang tidak mempunyai ciri Ghost Image.
Golongan ini diwajibkan menukar kad pengenalan mereka kepada MyKad Struktur Baharu secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.
Selain itu, keutamaan juga akan diberikan kepada individu yang membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN bagi memastikan proses penggantian berjalan lancar dan teratur.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut dan berita sahih terkini, anda boleh rujuk laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di pautan berikut:
- Laman web: https://www.jpn.gov.my
- Facebook : Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Hantar aduan / maklum balas di e-Pertanyaan (SISPAA JPN)
atau sila hubungi:
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel : 03-80008000
Faks : 03-88808288
Emel (@jpn.gov.my)
Soalan Lazim (FAQ) MyKad Baru 2026
MyKad Baru 2026 ialah kad pengenalan generasi baharu yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan 53 ciri keselamatan terkini bagi memperkukuh sistem identiti nasional dan mengurangkan risiko pemalsuan identiti.
MyKad Baharu dijangka mula diperkenalkan bermula Jun 2026. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi pelancarannya akan diumumkan oleh kerajaan dan JPN.
Ya. MyKad sedia ada masih sah digunakan untuk semua urusan rasmi termasuk urusan kerajaan, perbankan, subsidi dan bantuan kerajaan.
Tidak. Buat masa ini, hanya kategori tertentu yang diwajibkan menukar MyKad. Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa membuat pertukaran.
Keutamaan dan kewajipan penukaran diberikan kepada pemegang:
Kad Pengenalan Plastik (KPP)
Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT)
MyKad Versi 1 (tanpa Ghost Image)
Pemegang KPP, KPT dan MyKad Versi 1 diberikan tempoh tiga (3) tahun untuk membuat pertukaran secara berperingkat.
Antara ciri keselamatan yang diperkenalkan ialah:
Tulisan laser
Hologram
Ciri ultraungu (UV)
Guilloche
Teks mikro
Kod Respons Pantas (QR)
MyKad Baharu dilengkapi 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri keselamatan pada MyKad sedia ada.
Pada peringkat awal, pengeluaran dan gantian MyKad Baharu akan dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya serta 18 pejabat JPN terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
Ya. JPN mengutamakan pemohon yang membuat janji temu melalui Sistem Janji Temu JPN bagi memastikan proses berjalan lancar dan mengelakkan kesesakan di kaunter.




