60 Tempat Redeem Hadiah Birthday 2026 Secara Percuma

redeem hadiah birthday

Redeem Hadiah Birthday kini semakin popular kerana banyak restoran, kafe, kedai dan aplikasi di Malaysia menawarkan pelbagai hadiah percuma sempena hari jadi anda.

Bermula daripada makanan percuma, voucher diskaun, minuman percuma hingga reward eksklusif, semuanya boleh ditebus dengan mudah melalui membership atau aplikasi rasmi.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 60 tempat redeem hadiah birthday 2026 secara percuma yang anda wajib tahu untuk sambutan hari jadi lebih meriah dan berjimat.

Artikel berkaitan: 10 Cafe Menarik di KL & PJ 2026 Yang Best Untuk Lepak Hujung Minggu

1. Bungkus Kaw Kaw

Bungkus Kaw Kaw bagi hadiah birthday yang memang ngam untuk kaki breakfast.

Korang boleh dapat free set Signature Nasi Lemak Original bersama regular signature drink (kopi, teh tarik, milo etc) hanya dengan download apps dan daftar sebagai member.

Voucher biasanya akan masuk dalam apps selepas pendaftaran dan boleh ditebus dalam tempoh tertentu.

Maklumat Lanjut: Bungkus Kaw Kaw

redeem hadiah birthday

2. CU

CU memang antara birthday reward paling padu sebab ada beberapa freebie sekali gus. Ahli boleh claim free Maru Americano, Maru Tea atau CU Soft Serve sepanjang birthday month.

Korang cuma perlu daftar sebagai member melalui apps atau platform mereka.

Maklumat Lanjut: CU

redeem hadiah birthday

3. Piccoli Lotti

Kalau korang peminat gelato artisan, jangan lepaskan peluang redeem free 1 scoop dari Piccoli Lotti. Lagi best, tak perlu sign up apa-apa pun.

Cukup bawa IC dan boleh claim dalam tempoh birthday, 3 hari sebelum atau selepas birthday.

redeem hadiah birthday

4. Baskin Robbins

Birthday jadi lagi sweet dengan free 1 scoop aiskrim premium dari Baskin Robbins. Korang hanya perlu gunakan aplikasi mereka untuk tebus reward ni.

Banyak pilihan flavour menarik yang boleh dipilih ikut favourite masing-masing.

redeem hadiah birthday

5. KFC

KFC bagi free Snack Plate khas sempena birthday untuk pengguna apps mereka. Tapi ada syarat penting korang kena daftar akaun dan update tarikh lahir sekurang-kurangnya sebulan sebelum birthday.

Reward ni boleh ditebus untuk dine-in, takeaway atau self pick-up.

Maklumat Lanjut: KFC

redeem hadiah birthday

6. Tim Hortons

Tim Hortons pun ada birthday treats khas untuk ahli Tims Rewards. Korang boleh dapat free doughnut pilihan sendiri sepanjang birthday month.

Ahli tertentu juga dapat diskaun pembelian mug, tumbler dan minuman eksklusif.

Maklumat Lanjut: Tim Hortons

redeem hadiah birthday

7. Llao Llao

Peminat yogurt ais mesti suka reward ni. llaollao bagi Small Tub + 1 topping percuma untuk ahli MyllaollaoClub.

Korang cuma perlu download apps dan buat sekurang-kurangnya satu transaksi sebelum birthday.

redeem hadiah birthday

8. Inside Scoop

Inside Scoop bagi 1 single scoop ice cream boleh pilih any flavour khas untuk birthday celebrant. Korang hanya perlu download apps dan daftar sebagai member untuk menikmati reward ni sepanjang birthday month.

Paling penting mesti dah pernah purchase something kat Inside Scoop baru boleh redeem birthday reward ni.

redeem hadiah birthday

9. Dunkin’ Donuts

Simple tapi best. Dunkin’ bagi free 1 donut melalui apps mereka sempena birthday korang. Pastikan tarikh lahir dah update dalam akaun untuk elak terlepas reward.

10. Mee Tarik Jalan Sultan

Birthday reward dekat Mee Tarik memang rare sikit sebab korang boleh dapat free 12 biji dumpling (boleh pilih flavour ayam ke beef ke etc).

Korang hanya perlu daftar member di website rewards mereka dan pilih flavour dumpling kegemaran.

redeem hadiah birthday

11. Sushi King

Untuk peminat sushi, Sushi King bagi dessert percuma dan 200 reward points. Korang cuma perlu download apps dan daftar sebagai ahli sebelum birthday tiba.

Maklumat Lanjut: Sushi King

12. Naj & Belle

Naj & Belle bagi free pasta bersama drink khas untuk birthday celebrant. Lagi menarik, korang hanya perlu tunjuk IC semasa datang makan.

13. Boost Juice

Pada hari birthday, korang boleh pergi ke mana-mana cawangan Boost Juice dan redeem 1 cup minuman percuma. Pilih je mana-mana menu termasuk yang mahal sekali pun!

Syaratnya, akaun Boost korang perlu ada rekod pembelian sebelum ni dalam apps. Kalau belum pernah beli pun tak apa, korang boleh beli dulu mana-mana minuman murah di kaunter, lepas tu terus redeem birthday reward drink tersebut.

14. De Wan 1958 / Cafe Chef Wan

Chef Wan pun tak tinggal bagi birthday treats. Download apps Chef Wan Cooks dan update birthday korang untuk dapat voucher free slice cake di restoran mereka.

15. Starbucks

Ahli Starbucks Rewards boleh menikmati free slice cake sempena birthday. Tapi perlu beli satu handcrafted beverage terlebih dahulu untuk claim reward ni.

16. Wagyu More

Nak makan buffet free waktu birthday? Wagyu More bagi free buffet meal kalau korang datang bersama sekurang-kurangnya 3 orang kawan lain. Pendaftaran member adalah percuma.

Artikel berkaitan: 8 Steamboat Buffet KL Halal Paling Worth It 2026 — Makan Puas Dengan Harga Berbaloi

17. Hock Kee Kopitiam

Hock Kee Kopitiam turut menawarkan birthday reward khas iaitu x2 Sunshine Egg Tarts. Biasanya voucher atau diskaun akan masuk dalam apps/member account sempena birthday month.

18. FamilyMart

FamilyMart bagi free Sofuto untuk pengguna MYFamilyMart App sepanjang birthday month. Korang cuma perlu daftar akaun untuk unlock reward ni.

Maklumat Lanjut: Family Mart

19. Beutea

20. TGI Fridays

Celebrate birthday gaya western dekat TGI Fridays. Ahli Fridays Rewards boleh dapat dessert percuma dengan pembelian entree sempena birthday month.

21. Bask Bear Coffee

Bask Bear Coffee bagi free 1 drink bila korang beli mana-mana toastie. Reward ni khas untuk pengguna aplikasi Bask Bear sempena birthday korang.

22. Gigi Coffee

Gigi Coffee turut ada birthday reward eksklusif untuk pengguna apps mereka. Biasanya korang akan dapat voucher minuman percuma atau promo khas sepanjang birthday month.

23. Tealive

Tealive memang tak ketinggalan bagi birthday treats. Ahli Tealive Rewards boleh menikmati voucher atau minuman percuma melalui apps mereka sempena birthday.

24. ZUS Coffee

ZUS Coffee bagi reward birthday khas untuk pengguna apps. Selalunya korang akan dapat voucher B1F1 slice cake atau promo menarik yang boleh ditebus sepanjang birthday month.

25. Marrybrown

Marrybrown turut menawarkan birthday freebies untuk pelanggan setia. Korang hanya perlu daftar sebagai ahli atau pengguna apps untuk unlock reward birthday.

26. The Manhattan FISH MARKET

Celebrate birthday dengan seafood feast. The Manhattan FISH MARKET biasanya menawarkan dessert percuma atau promo khas untuk birthday celebrant yang berdaftar sebagai ahli.

27. Gong Cha

Birthday memang lagi best dengan free air favourite. Gong Cha bagi free drink khas sempena birthday untuk ahli mereka. Tinggal claim melalui apps atau ikut syarat promo semasa.

redeem hadiah birthday

28. Thong Bowl

Thong Bowl bagi free Mega Thai Milk Tea atau Green Tea. Korang cuma perlu scan QR code, register dan tunjuk voucher dekat staff untuk redeem dalam birthday month.

Maklumat Lanjut: Thong Bowl

redeem hadiah birthday

29. The Coffee Bean & Tea Leaf

CBTL turut menawarkan birthday rewards untuk ahli membership mereka. Biasanya reward berupa minuman, dessert atau voucher khas sempena birthday.

redeem hadiah birthday

30. Godiva

Kalau nak redeem hadiah birthday lebih premium, Godiva bagi RM10 off untuk signature Soft Serve mereka. Tapi promo ni khas untuk Genting Rewards members di outlet tertentu dekat Genting Highlands.

31. Matcha Eight

Peminat matcha wajib claim reward ni. Matcha Eight bagi free scoop premium tea ice cream yang biasanya bernilai lebih RM10 untuk ahli membership mereka.

redeem hadiah birthday

32. Volcano Shabu Shabu

Birthday makan steamboat memang puas. Volcano Shabu Shabu ada promo birthday khas untuk pelanggan yang datang celebrate bersama family atau kawan.

redeem hadiah birthday

33. Secret Recipe

Secret Recipe turut menawarkan birthday reward untuk ahli mereka. Ada outlet yang bagi cake slice, voucher atau diskaun khas sempena birthday month.

Maklumat Lanjut: Secret Recipe

34. Dome

Dome juga ada birthday treats untuk pelanggan setia. Reward biasanya diberikan melalui membership atau aplikasi mereka sempena birthday.

35. Juice Works

Korang boleh enjoy free juice atau reward khas dari Juice Works cuma dengan menjadi ahli membership mereka sebelum birthday tiba.

redeem hadiah birthday

Artikel berkaitan: 12 Minuman Viral di Malaysia Yang Ramai Repeat Beli (2026)

36. Milk & Barley

Milk & Barley turut menawarkan promo birthday menarik. Ada reward khas atau diskaun tertentu untuk birthday celebrant bergantung pada promosi semasa.

37. Ippudo

Ippudo memang win untuk birthday sebab ada promo Buy 1 Free 1. Korang beli mana-mana ramen atau katsu dan boleh dapat free menu terpilih di semua outlet mereka.

redeem hadiah birthday

38. Penang Chendul

Birthday cuaca panas memang ngam dengan dessert. Penang Chendul turut menawarkan birthday freebies khas untuk pelanggan terpilih atau ahli membership.

39. Ichiban Ramen

Korang boleh enjoy 50% OFF ramen sempena birthday. Memang berbaloi untuk peminat makanan Jepun yang nak celebrate dengan bajet lebih jimat.

40. emart24

emart24 turut ada birthday reward untuk ahli apps mereka. Biasanya melibatkan free snack, dessert atau minuman sempena birthday month. Untuk tahun ni, korang akan dapat FREE Soft Serve Cone (pelbagai perisa).

Maklumat Lanjut: emart24

41. DubuYo

DubuYo bagi promo birthday khas untuk ahli mereka. Sesuai untuk korang yang craving Korean food waktu birthday.

Korang boleh nikmati 50% OFF Honey Garlic Bulgogi Chicken Set.

42. Sukiya

Nak makan buffet free? Sukiya bagi free buffet untuk birthday celebrant bila datang bersama sekurang-kurangnya 3 orang dewasa lain.

43. Seoul Garden

Seoul Garden pun ada promo birthday sehingga 60% OFF. Jangan lupa ajak keluarga atau kawan-kawan datang bersama nanti akan lebih meriah.

44. Oriental Kopi

Oriental Kopi turut menawarkan peluang untuk anda redeem hadiah birthday sebagai ahli. Reward biasanya dalam bentuk voucher, dessert atau promo eksklusif sempena birthday.

45. Ole-Ole Bali

Ole-Ole Bali bagi diskaun 50% untuk main course dan minuman khas pada hari birthday korang. Cuma perlu tunjuk IC sebelum buat pesanan.

46. Sepiring

Sepiring turut menawarkan birthday treats khas untuk pelanggan setia. Biasanya korang boleh dapat 50% OFF Penang Assam Laksa.

47. Chicken Rice Shop

Peminat nasi ayam jangan lupa claim birthday reward dari The Chicken Rice Shop. Ahli berdaftar berpeluang menikmati voucher 50% single combo meal sempena birthday month.

Maklumat Lanjut: The Chicken Rice Shop

48. Thai Geng Mookata Buffet

Celebrate birthday gaya steamboat & grill. Thai Geng Mookata Buffet ada promo birthday khas untuk pelanggan yang datang bersama family atau geng makan.

49. Torii Teppanyaki

Torii Teppanyaki bagi free Chicken Teppanyaki. Promo ni sah pada hari birthday, 3 hari sebelum atau selepas birthday korang. Memang berbaloi untuk kaki Japanese food.

50. Boat Noodle

Boat Noodle antara tempat redeem hadiah birthday paling best sebab bagi 2 mangkuk boat noodle percuma. Lagi syok, tak ada minimum pembelian. Korang cuma perlu daftar membership.

Maklumat Lanjut: Boat Noodle

51. O’cha

O’cha bagi voucher free bingsu sempena birthday. Korang hanya perlu beli dua minuman dan jadi ahli membership mereka untuk claim reward ni.

52. Tous Les Jours

Birthday dekat bakery memang auto happy. Tous Les Jours bagi free slice cake setiap tahun untuk pengguna apps mereka.

redeem hadiah birthday

53. RT Pastry

RT Pastry memang padu sebab ada tier reward berbeza. Ada ahli yang dapat free cake slice, voucher kek, malah ada juga yang boleh redeem whole cake percuma waktu birthday.

redeem hadiah birthday

54. Ondo

Ondo turut menawarkan birthday treats khas untuk ahli apps atau membership mereka. Reward biasanya dalam bentuk voucher minuman atau dessert percuma.

redeem hadiah birthday

55. Papa Rich

PappaRich ada birthday promo 20% OFF untuk semua menu. Korang hanya perlu muat turun aplikasi Pineapple E-Store untuk nikmati promo ini.

redeem hadiah birthday

56. K Fry Urban Korean

Celebrate birthday dengan Korean feast. K Fry Urban Korean memberikan diskaun sehingga 20% OFF!

Ahli Gold Chi Chi dan Diamond YamYam pula boleh redeem FREE Signature Bumbuk & Bingsoo khas sempena birthday.

Maklumat Lanjut: KFry

redeem hadiah birthday

57. Chagee

CHAGEE turut ada birthday rewards untuk pengguna apps. Ahli berdaftar berpeluang menikmati hadiah eksklusif seperti CHA Master: Tumbler, CHA Pioneer: Tote Bag, atau CHA Explorer: Birthday Badge.

58. Paris Baguette

Paris Baguette bagi birthday treats untuk ahli mereka. Reward boleh jadi cake slice, pastry atau voucher diskaun sempena birthday.

59. KOI The

Kaki bubble tea wajib redeem reward ni. Ahli KOI Apps akan menerima voucher free small beverage sepanjang birthday month mereka.

60. Banana Bro

Free 1x Mango Lassi (minuman yogurt) bila korang sign up atau sempena birthday. Cuma perlu daftar di website dan pastikan tarikh lahir dah lengkap diisi.

Untuk redeem hadiah ni, korang kena dine in di restoran mereka. Tapi memang berbaloi sebab Mango Lassi dia padu bhai.

Soalan Lazim Tentang Redeem Hadiah Birthday

1. Semua birthday reward ni betul-betul free ke?

Ya, kebanyakannya memang percuma. Tapi ada sesetengah brand perlukan pembelian minimum, daftar membership atau datang bersama kawan.

2. Perlu download apps dulu ke?

Kebanyakan brand memang perlukan korang download apps dan daftar sebagai ahli terlebih dahulu sebelum boleh claim reward birthday.

3. Bila kena daftar membership?

Sebaiknya daftar awal sebelum birthday. Ada brand yang perlukan tarikh lahir dikemaskini sekurang-kurangnya 30 hari sebelum birthday.

4. Boleh redeem waktu birthday month je?

Ya, majoriti reward sah sepanjang birthday month. Tapi ada juga promo yang hanya valid pada hari birthday atau beberapa hari sebelum/selepas birthday.

5. Perlu tunjuk IC masa redeem?

Ya, sesetengah outlet akan minta IC atau passport untuk pengesahan birthday korang.

6. Semua outlet boleh redeem ke?

Tak semestinya. Ada promo yang hanya available dekat outlet tertentu sahaja, jadi better semak terma & syarat sebelum pergi.

7. Birthday reward ni boleh combine dengan promo lain?

Biasanya tak boleh. Kebanyakan outlet tak benarkan birthday promo digabungkan dengan voucher atau diskaun lain.

8. Kalau birthday dah lepas masih boleh redeem?

Bergantung pada brand. Ada yang bagi tempoh beberapa hari selepas birthday, tapi ada juga yang strictly pada birthday month sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Index