Sempena sambutan Hari Guru 2026, pelbagai restoran dan café popular tampil dengan promo menarik untuk pelanggan.
Antara tawaran yang tersedia termasuk diskaun makanan, promo minuman, dessert percuma serta deal Buy 1 Free 1 yang boleh dinikmati sepanjang tempoh promosi berlangsung.
Baca juga: 8 Steamboat Buffet KL Halal Paling Worth It 2026 — Makan Puas Dengan Harga Berbaloi
1. J.CO
Sempena sambutan Hari Guru 2026, J.CO tampil dengan promo menarik khas untuk peminat donut dan manisan.
Menerusi promo Hari Guru ini, anda boleh mendapatkan 2 box J.POPS pada harga RM40 sahaja pada 15 dan 16 Mei 2026.
Dengan pilihan donut mini yang pelbagai dan comel, promo ini memang sesuai untuk dibawa ke sekolah, dikongsi bersama rakan sekerja atau dijadikan hadiah kecil buat guru tersayang

2. Ayam Pak Sheikh
Ayam Pak Sheikh turut tidak ketinggalan meraikan Hari Guru dengan menawarkan diskaun 10% untuk semua menu di outlet terpilih bermula 16 Mei 2026.
Promo ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada semua pendidik yang telah banyak berjasa dalam mendidik generasi masa depan.
Kalau anda peminat ayam goreng panas dan menu tempatan yang padu, memang rugi kalau tak rebut promo ini

3. Kopi Saigon
Kopi Saigon hadir dengan promo Hari Guru yang sangat berbaloi khas untuk pencinta kopi. Pada 16 Mei 2026, pelanggan yang membeli 3 cup saiz Large akan menerima 1 Saigon Regular secara percuma.
Promo ini memang ngam untuk anda yang nak belanja rakan sekerja atau menikmati kopi bersama-sama selepas waktu mengajar

4. Famous Amos
Kalau anda sedang mencari hadiah simple tetapi bermakna untuk cikgu, Famous Amos ada tawaran menarik sempena Hari Guru.
Pelanggan yang membeli Gift Bouquet Blossom atau Sunflower secara online akan menerima kad Hari Guru percuma.
Promo ini sesuai untuk anda yang ingin menghargai guru dengan hadiah yang sweet dan nampak eksklusif.

5. The Coffee Bean & Tea Leaf
The Coffee Bean & Tea Leaf meraikan jasa warga pendidik dengan menawarkan diskaun 20% untuk makanan, minuman dan merchandise dalam satu resit pembelian.
Untuk menikmati promo ini, guru, pensyarah, tutor dan staf pendidikan hanya perlu menunjukkan kad staf, name tag atau ID yang sah ketika membuat pembelian di outlet.


6. SF Coffee
SF Coffee memperkenalkan promo Hari Guru istimewa untuk semua pelanggan yang ingin menikmati minuman premium pada harga lebih jimat.
Pada 16 Mei 2026, anda boleh membeli mana-mana 2 minuman Blooming Indulgence bersaiz regular dengan harga RM20 sahaja.
Antara pilihan menarik termasuk Ice Coffee Jasmine Latte dan Iced Matcha Jasmine Latte yang refreshing.

7. Ai-Cha
Bagi anda yang suka dessert dan minuman manis, Ai-CHA menawarkan promo yang memang menarik untuk dicuba.
Setiap pembelian mana-mana Sund Ai Series akan menerima topping ais krim cone secara percuma. Promo ini berlangsung dari 15 Mei hingga 5 Jun 2026 dan tersedia di outlet terpilih di Sabah dan Sarawak

Selain promo topping percuma, Ai-CHA juga mengadakan tawaran Buy 1 Free 1 Vanilla Ice Cream Cone di 15 outlet Sabah terpilih sehingga 31 Mei 2026.
Promo Hari Guru ini memang sesuai untuk anda yang nak menikmati dessert bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan

8. Bask Bear Coffee
Bask Bear Coffee tampil dengan promo yang cukup menarik menerusi combo muffin dan minuman serendah RM9.90 sahaja.
Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis muffin bersama minuman pilihan seperti Café Latte, Sea Salt Chocolate Chip dan Japanese Matcha Latte. Promo ini boleh ditebus melalui aplikasi Bask Bear dari 15 hingga 17 Mei 2026

9. Allace
AllAce kembali dengan Signature Day yang menawarkan pelbagai promo menarik untuk peminat burger dan wrap.
Dari 15 hingga 19 Mei 2026, pelanggan boleh menikmati tawaran Buy 1 Get 2nd Item 50% Off serta Buy 1 Free 1 menerusi GrabFood.
Dengan pilihan burger dan wrap yang loaded serta crunchy, promo ini memang sesuai untuk anda yang suka makan puas-puas.


10. Kopihut
Sempena Hari Guru 2026, KOPIHUT menawarkan diskaun 10% khas untuk semua pendidik di Malaysia.
Untuk menikmati promo Hari Guru ini, guru hanya perlu menunjukkan kad staf di cawangan yang mengambil bahagian dari 14 hingga 16 Mei 2026.
Memang peluang terbaik untuk ngopi sambil menikmati menu café favourite.

11. Oriental Kopi
Oriental Kopi hadir dengan promo sarapan istimewa sepanjang Mei 2026 dengan harga serendah RM6.90 sahaja.
Antara menu yang ditawarkan termasuk Butter Kaya Wholemeal Bun dan Oriental Fried Chicken Meat Nasi Lemak yang lengkap dengan sambal pedas dan ayam goreng rangup.


12. Yole
Peminat frozen yogurt wajib singgah Yolé Mid Valley kerana mereka menawarkan promo yang sangat berbaloi.
Dari 15 hingga 17 Mei 2026, pelanggan yang membeli mana-mana Yolé cup akan mendapat cup kedua pada harga RM1 sahaja. Memang sesuai untuk anda yang nak dessert date atau lepak santai sambil menikmati froyo.

13. Gigi Coffee
Gigi Coffee memperkenalkan promo Hari Guru dengan tawaran 2 Lokal Signature drinks pada harga RM18.90 sehingga 20 Mei 2026.
Antara minuman unik yang boleh dicuba termasuk Kaya Toast Latte, Apam Balik Latte dan Pandan Kaya Milk Tea yang diinspirasikan daripada citarasa tempatan.

Selain itu, Gigi Coffee turut menawarkan promo beli 1 minuman dan dapatkan minuman kedua pada harga RM6.90 sahaja dari 15 hingga 18 Mei 2026.
Anda boleh ditebus menerusi aplikasi Gigi Coffee dan sesuai untuk anda yang nak lepak bersama rakan sambil menikmati kopi favourite.

14. Kenny Rogers
Sempena Hari Guru 2026, Kenny Rogers Roasters tampil dengan promo makan ramai-ramai yang memang sesuai untuk sambutan bersama rakan sekerja.
Menerusi promo Hari Guru ini, anda boleh menikmati Meal for 6 pada harga RM101 sahaja untuk dine-in pada 16 Mei 2026 di semua restoran KRR Malaysia. Memang berbaloi untuk lunch atau dinner ramai-ramai!

Kenny Rogers Roasters turut memeriahkan sambutan Hari Guru dengan promo Buy 1 Get 50% Off untuk hidangan kedua menerusi GrabFood.
Tawaran ini berlangsung dari 15 hingga 17 Mei 2026 dan sesuai untuk anda yang nak lunch atau dinner tanpa perlu keluar rumah.

15. Taco Bell
Taco Bell turut memeriahkan sambutan Hari Guru dengan promo yang memang padu untuk peminat burrito.
Dari 15 hingga 17 Mei 2026, pelanggan boleh menikmati diskaun 50% untuk item kedua apabila membeli menu signature terpilih menerusi GrabFood.
Antara menu yang terlibat termasuk Ultimate 8 Layer Quesarito, Crispy Chicken Burrito dan Grilled Stuft Burrito.

16. KFC
KFC hadir dengan Family Weekend Deals khas untuk anda yang nak luangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu.
Lebih menarik, kanak-kanak juga boleh menikmati Chicky Meal percuma sempena promosi ini. Tawaran tersedia dari Jumaat hingga Ahad di cawangan KFC yang mengambil bahagian.

17. Mc Donald
McDonald’s tampil dengan promo dessert manis sempena Hari Guru 2026 menerusi kempen Manis-Manis Mekdi.
Pada 15 Mei 2026 sahaja, pelanggan yang membeli 1 Sundae Cone akan mendapat 1 lagi secara percuma. Promo ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11.59 malam.

18. Starbuck
Starbucks Malaysia meraikan Hari Guru dengan promo minuman menarik khas untuk pelanggan menerusi aplikasi Starbucks Malaysia baharu.
Pelanggan boleh mendapatkan mana-mana 2 Grande handcrafted drinks pada harga RM12.50 setiap satu sempena promo Hari Guru ini.

Selain promo minuman, Starbucks turut menawarkan diskaun 50% untuk merchandise terpilih khas buat guru dari 14 hingga 17 Mei 2026.
Guru hanya perlu menunjukkan kad staf yang sah untuk menikmati tawaran istimewa ini.

19. Bumbu Babah
Sempena Grand Launch Bumbu Babah Desa Pandan, restoran ini tampil dengan giveaway makanan yang memang rare!
Sebanyak 100 pax Nasi Padang percuma akan diberikan kepada pelanggan terawal pada 16 Mei 2026 bermula jam 1 petang. Kalau anda berada sekitar Desa Pandan, memang wajib datang awal untuk rebut peluang makan percuma ini.

20. Happy Potato
Happy Potato tampil dengan cabaran pedas yang unik sempena hujung minggu ini menerusi 45 Seconds Challenge.
Pengunjung perlu menghabiskan hidangan pedas dalam masa yang ditetapkan untuk membuktikan mereka benar-benar spice warrior.
Cabaran ini berlangsung pada 16 dan 17 Mei 2026 di IOI City Mall, Putrajaya dari jam 11 pagi hingga 5 petang.
Memang sesuai untuk anda yang suka challenge makanan pedas sambil lepak dengan kawan-kawan

21. Rotiboy
Sempena pelancaran Pocketboy, Rotiboy turut mengadakan promosi khas di cawangan Rotiboy Cafe Central i-City.
Promo hari guru ini berlangsung sehingga 24 Mei 2026 dan menawarkan deal menarik untuk pelanggan yang ingin mencuba menu baharu mereka.

22. Uncle Jack
Uncle Jack turut memeriahkan sambutan Hari Guru dengan promosi makanan menarik untuk pelanggan.
Dengan hidangan street food yang terkenal dengan portion besar dan rasa padu, promo ini memang sesuai untuk anda yang tengah craving snek panas dan cheesy.

23. Me’nate
Me’nate meraikan Hari Guru 2026 dengan menawarkan diskaun 15% untuk semua menu khas buat guru dan pendidik.
Promo Hari Guru ini sah pada 16 Mei 2026 di semua outlet Me’nate untuk dine-in sahaja.
Guru, pensyarah dan tenaga pengajar hanya perlu menunjukkan kad staf atau ID pendidik yang sah untuk menikmati tawaran istimewa ini.
Memang masa terbaik untuk reward diri dengan steak dan hidangan premium bersama keluarga atau rakan sekerja.

24. Samurai Yakiniku
Samurai Yakiniku tampil dengan promo Hari Guru yang memang menarik untuk peminat makanan Jepun.
Dari 16 hingga 31 Mei 2026, semua guru, pensyarah dan tutor boleh menikmati 1 Wagyu Skewer percuma di semua cawangan Samurai Yakiniku.
Untuk menebus promo ini, pelanggan hanya perlu menunjukkan bukti bahawa mereka merupakan warga pendidik.
Tawaran ini sah untuk dine-in sahaja dan terhad kepada satu tebusan bagi setiap individu

25. Tealive
Sempena Hari Guru 2026, Tealive hadir dengan promo matcha yang memang ngam untuk anda yang perlukan “healing drink” selepas hari yang penat.
Dari 15 hingga 16 Mei 2026, anda boleh menikmati 2 Rich Matcha drinks pada harga RM18 sahaja melalui aplikasi Tealive.
Hanya gunakan kod promo LOVECIKGU ketika checkout untuk claim deal ini. Sama ada anda seorang guru atau sekadar pencinta matcha, promo Hari Guru ini memang rugi kalau dilepaskan.

26. Marrybrown
Marrybrown turut meraikan jasa para pendidik dengan promo Hari Guru yang cukup mengenyangkan dan comforting.
Sempena sambutan ini, guru yang mempunyai kad staf sah boleh menikmati tawaran Buy 1 Free 1 Bubur Ayam MB® Combo khas hasil kerjasama bersama Yayasan Didik Negara.
Promo Hari Guru ini memang sesuai untuk anda yang nak menikmati hidangan panas dan ringan selepas seharian mengajar. Boleh ajak rakan sekerja sekali sebab lagi best makan bersama

27. Italiannies
Italiannies hadir dengan promo pasta yang memang buat peminat Italian food terus rasa lapar.
Dari 15 hingga 17 Mei 2026, pelanggan boleh menikmati diskaun 50% untuk menu pasta terpilih menerusi kempen Weekend Treats mereka.
Antara hidangan yang terlibat termasuk Smoked Turkey Ham Mac & Cheese pada harga RM12.45 serta Vongole Pasta serendah RM18.95 sahaja.
Kalau anda tengah cari promo Hari Guru atau deal makan hujung minggu yang berbaloi, memang wajib singgah Italiannies.

28. myBurgerLab
myBurgerLab meraikan Hari Guru 2026 dengan promo burger yang memang padu untuk semua cikgu dan pencinta burger.
Pada 16 Mei 2026, pelanggan boleh menikmati promo Buy 1 dan dapatkan 50% OFF untuk Single Patty Burger Set kedua di semua cawangan myBurgerLab.

29. The India Gate Restaurant
Raikan Hari Guru dengan hidangan autentik India di The India Gate Restaurant. Guru yang menunjukkan Teacher’s ID boleh menikmati diskaun 10% untuk dine-in pada 16 & 17 Mei 2026

30. Pizza Hut
Pizza Hut tampil dengan promo Hari Guru yang memang menarik untuk pencinta pizza.
Pada 16 Mei 2026 sahaja, pelanggan boleh menikmati RM18 OFF bagi setiap pembelian Regular Pizza.
Lebih menarik, anda hanya perlu menunjukkan post promo tersebut untuk menebus tawaran ini.

31. MOMOYO
Peminat matcha wajib singgah MOMOYO sebab mereka sedang mengadakan promo Buy 1 Free 1 untuk pelbagai menu matcha sehingga 17 Mei 2026.
Antara menu yang terlibat termasuk OG Matcha Latte, Matcha Strawberry Latte, Matcha Ice Cream Milk Tea dan Triple Matcha Baby YoFlip.

32. Kopi Raket
Kopi Raket tampil dengan promo Hari Guru khas buat warga pendidik menerusi tawaran Buy 1 Free 1 untuk minuman terpilih. Promo ini sah pada 16 Mei 2026 dari jam 5 petang hingga 11 malam.
Untuk claim promo Hari Guru ini, pelanggan hanya perlu menunjukkan bukti sebagai warga pendidik semasa pembelian.

33. Nasken Coffee
Nasken Coffee meraikan Hari Guru dengan promo Buy 1 Free 1 untuk selected drinks dari 16 hingga 18 Mei 2026.
Antara minuman yang terlibat termasuk Latte, Spanish Latte, Americano dan Latte Buttercream.
Promo Hari Guru ini tersedia pada dua waktu tertentu iaitu 7 pagi hingga 10 pagi serta 6 petang hingga 8 malam di semua cawangan kecuali airport.

34. MONJO Coffee
MONJO Coffee tampil dengan promo Hari Guru yang simple tetapi sweet khas untuk semua guru dan pendidik.
Dari 16 hingga 23 Mei 2026, guru boleh menikmati diskaun 15% dengan hanya menunjukkan Teacher ID yang sah.

35. Volcano Shabu Shabu Cyberjaya
Volcano Shabu Shabu Cyberjaya hadir dengan promo Hari Guru yang memang menarik untuk anda yang suka makan secara berkumpulan.
Dari 15 hingga 17 Mei 2026, guru yang menunjukkan Teacher ID akan menerima Patin Fish percuma.
Lebih menarik, pelanggan yang datang dalam kumpulan juga boleh menikmati diskaun tambahan iaitu 5% OFF untuk kumpulan 5 orang, 10% OFF untuk 10 orang dan 15% OFF untuk 15 orang.
Memang sesuai untuk gathering bersama geng cikgu

36. A&J Grill Western
A&J Grill Western turut menawarkan promo sempena Hari Guru dengan set dessert yang memang tempting.
Untuk tempoh terhad selama seminggu sahaja, pelanggan boleh menikmati Chocolate Leleh bersama 1 slice cake pada harga RM20 sahaja.
Promo ini membolehkan anda berjimat sehingga RM6.80 dan memang sesuai untuk anda yang nak sweet treat bersama family atau kawan-kawan.

Soalan Lazim Promo Hari Guru 2026
Kebanyakan promo Hari Guru 2026 berlangsung sekitar pertengahan Mei, terutamanya antara 14 hingga 17 Mei 2026. Namun, ada juga promosi tertentu yang berlanjutan sehingga hujung Mei atau awal Jun 2026.
Tidak semestinya. Sesetengah promo Hari Guru terbuka kepada semua pelanggan, manakala beberapa promosi khas memerlukan anda menunjukkan kad staf guru, name tag atau ID pendidikan yang sah.
Cara claim bergantung kepada setiap jenama. Ada promo yang boleh ditebus secara walk-in di outlet, melalui aplikasi rasmi atau platform penghantaran makanan seperti GrabFood.
Tidak semua cawangan menyertai promosi tertentu. Anda disarankan untuk menyemak outlet yang terlibat melalui media sosial atau laman rasmi jenama sebelum berkunjung.
Kebanyakan promo Hari Guru tidak boleh digabungkan dengan promosi lain kecuali dinyatakan sebaliknya dalam terma dan syarat jenama tersebut.
Antara promo Hari Guru yang dianggap berbaloi termasuk tawaran Buy 1 Free 1, diskaun makanan dan minuman serta combo set pada harga lebih murah seperti di J.CO, Gigi Coffee, Bask Bear Coffee dan Yolé.
Ya, beberapa jenama menyediakan promo Hari Guru melalui aplikasi rasmi, platform delivery dan pembelian online seperti GrabFood, aplikasi Bask Bear Coffee dan Gigi Coffee App.
Promo Hari Guru diadakan sebagai tanda penghargaan kepada guru dan warga pendidik atas jasa mereka dalam mendidik serta membentuk generasi masa depan.




